Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

11 April, 2011

Berhenti gusar isu tanah - Rayong


Caption: SEMPURNA... Rayong sedang menurunkan tanda tangan pada plat perasmian JKKK Cerang, Lipat ketika berlangsungnya program berkenaan.


ENGKILILI, Ahad (10 April) – Pemilik Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) tidak perlu gusar berhubung tindakan pihak pembangkang yang mendakw Kerajaan Barisan Nasional (BN) merampas tanah mereka selama ini.

Calon BN N.28 Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa berkata ia merupakan taktik pembangkang untuk meraih sokongan politik daripada rakyat menjelang pilihan raya negeri Dun Ke-10 nanti.

“Kerajan BN tidak sama sekali merampas tanah NCR secara sesuka hati seperti yang didakwa oleh pihak pembangkang selama ini kerana itu taktik politik mereka untuk mengelirukan pemikiran rakyat.

“Kerajaan sebaliknya membayar pampasan terhadap tanah milik rakyat jika ia digunakan untuk tujuan pembangunan mengikut harga semasa tanah dari masa ke semasa,”menurut beliau berucap pada Program Sembang-Sembang BELIA 1Sarawak di Rumah Cerang, Lipat, Lidong, Engkilili kelmarin.

Selain itu Rayong juga mahu rakyat sedar bahawa tanah yang digunakan oleh kerajaan untuk tujuan pembangunan itu akan menguntungkan rakyat dalam kawasan itu sendiri selepas ia siap dilaksana.

Penggunaan tanah rakyat kata beliau mencakupi kerja pembinaan jalan raya, tiang elektrik, sekolah dan banyak lagi kemudahan lain demi kesenangan diri mereka sendiri pada masa akan datang.

“Justeru saya berharap agar rakyat lebih faham tentang tujuan penggunaan tanah oleh kerajaan selepas ini dan jangan biarkan ia gagal hanya disebabkan oleh hasutan pembangkang,” katanya.

Program Sembang-Sembang BELIA 1Sarawak yang dihadiri seramai 20 orang Tuai Rumah dari kawasan Lidong dan Lipat itu menyaksikan Rayong diberi penghormatan untuk merasmikan JKKK Tr Cerang, Lipat.

Tamat….

No comments:

Post a Comment