Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 April, 2011

Belia adalah golongan istimewa, Jabu



1.SERIUS...Jabu (tengah) bersama Uggah (kiri) dan Romie (kanan) ketika menyaksikan acara yang berlangsung pada program berkenaan malam tadi.

2. 1MALAYSIA...Jabu (tengah) sedang menunjukkan simbol 1Malaysia bersama artis dan tetamu jemputan yang lain ketika berlangsungnya program itu malam tadi.


BETONG, Ahad (3 April) – Golongan belia dianggap istimewa dari segi pelbagai aspek dan inovatif bagi mengerakkan kepimpinan serta kemajuan di Betong pada masa sekarang sehinggalah mereka menjadi pemimpin pada suatu hari nanti.

Justeru kerajaan Barisan Nasional (BN) telah mengandakan usaha mereka untuk mempertingkatkan kemudahan intelek di Betong agar belia dapat menyumbang idea pembangunan masing-masing selepas ini.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Mesra 1 Belia 1 Sarawak peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Layar di Kompleks Sukan Betong malam tadi.

“Pembangunan dari segi intelek perlu dirancang dengan lebih berkesan agar semua belia dapat menggunakan pemikiran mereka untuk menghasilkan sesuatu yang dapat diguna bagi memajukan kawasan Betong.

“Ia jelas bukan cakap kosong dengan terbinanya sekolah-sekolah menengah, sekolah menengah jenis teknik, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan yang bakal menyusul kelak adalah pembinaan Politeknik Metro di sini (Betong),” katanya.

Selain itu rakyat kata beliau juga harus menilai sendiri sumbangan yang telah kerajaan Barisan Nasional (BN) lakukan untuk mereka di kawasan Betong semenjak ia menjadi Bahagian Ke-11 di Sarawak pada tahun 2002.

Ini kata Jabu adalah merupakan mesej jelas kepada pihak pembangkang yang cuba bertanding dalam kawasan DUN N.31 Layar yang kini disandang oleh beliau pada pilihan raya negeri Ke-10 nanti.

“Saya percaya Bahagian Betong akan mencapai tahap pembangunan yang lebih membanggakan di masa akan datang sekiranya semua rakyat meneruskan sokongan mereka terhadap kerajaan BN pada pilihan raya nanti,” katanya.

Hadir sama ialah Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Sri Douglas Uggah anak Embas, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban, Robert Lawson Chuat dan Residen Bahagian Betong, Datu Romie Sigan Daniel.

Majlis perasmian Karnival Mesra 1 Belia 1 Sarawak DUN Layar malam diserikan lagi dengan persembahan nyanyian lagu oleh para artis popular tanahair dan tempatan seperti Kumpulan XPDC, Claudia AF, Rem, Mie Raja Lawak, Hazama AF dan Lucy M.

Tamat.

No comments:

Post a Comment