Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 April, 2011

Ada line pun masih langgar law


Caption: SENGAJA...Beberapa buah kereta kelihatan sedang parkir di atas laluan jalan yang sudah ditanda garis arah pandu dan sekaligus menimbulkan risiko kesesakan lalulintas di sini.


SRI AMAN, Jumaat (22 April) – Penduduk gemar mengkritik pihak berkuasa tempatan jika kehendak atau keinginan terhadap khidmat yang sepatutnya gagal dilaksana oleh pihak berkenaan.

Namun di sebalik perkara itu penduduk nyata gagal menghargai segala sumbangan yang telah pihak berkuasa tempatan lakukan untuk kebaikan hidup mereka selama ini terutama sekali di kawasan pusat Bandar Sri Aman.

Salah satu masalahnya ialah apabila pengguna gagal mematuhi peraturan garisan arah pandu dan tempat meletak kenderaan yang disediakan olehpihak berkuasa tempatan di sini iaitu Majlis Daerah Sri Aman (MDSA).

Semenjak garisan arah pandu dan tempat parkir di cat oleh MDSA kira-kira tiga bulan lepas, pengguna kenderaan di Bandar Sri Aman nyata masih tidak memandang serius terhadap kepentingan tanda terbabit.

Ia terbukti apabila masih ramai pengguna kenderaan yang sengaja memandu memasuki laluan garis arah pandu bertentangan tanpa memperdulikan pengguna kenderaan yang mengikuti peraturan itu.

Malah lebih mengecewakan lagi ialah apabila terdapat di antara pengguna kenderaan ini yang sengaja meletak kereta masing-masing di kawasan laluan jalan raya yang sudah ditanda dengan garis arah pandu.

“Tindakan mereka menyebabkan pengguna kenderaan sukar memandu secara bebas antara jam 8 pagi hingga 11.30 pagi pada setiap hari memandangkan laluan jalan raya dalam kawasan bandar kian sempit disebabkan oleh sikap mereka.

“Pengguna kenderaan harus menghormati kemudahan garis arah pandu yang disediakan oleh MDSA kerana kegagalan berbuat menyebakan mereka tidak layak untuk mengkritik pihak berkuasa tempatan berhubung masalah tersebut selepas ini,” kata seorang pemilik restoran.

Justeru penduduk katanya harus menjayakan usaha MDSA untuk mengurangkan masalah kesesakan lalulintas dan perletakan kenderaan yang lebih teratur dengan mematuhi garis pandu arah dan petak letak kenderaan dari masa ke semasa.

Tamat

No comments:

Post a Comment