Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

02 April, 2011

4 borang pencalonan untuk DUn Bukit Begunan sudah dibeli



Caption: SERAH...Desmond (kiri) ketika menyampaikan borang pencalonan DUN Bukit Begunan kepada Johnical (kanan) di Pejabat Residen Sri Aman hari ini.


SRI AMAN, Sabtu (2 April) – Sejumlah empat buah set borang pencalonan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.26 Bukit Begunan telah dibeli oleh pihak yang mahu bertanding di kawasan itu pada pilihan raya negeri Ke-10 nanti.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Bukit Begunan, Desmond Douglass Jerukan berkata kesemua empat buah set borang terbabit telah mula dibeli semenjak minggu lepas.

“Harga bagi satu set borang ini ialah RM20 dan mereka (yang mahu bertanding) harus bertindak menemui saya di Pejabat Residen Bahagian Sri Aman jika mahu membeli borang terbabit.

“Borang pencalonan yang sudah lengka diisi harus dikembalikan semula kepada pihak kami pada 6 April kelak iaitu bagi mereka yang mahu bertanding dalam pilihan raya negeri DUN Sarawak Ke-10 nanti,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Residen (pembangunan) Sri Aman berkata demikian ketika ditemui pemberita pada sesi pembelian set borang pencalonan oleh Johnnical Linggang di Pejabat Residen Sri Aman, kelmarin.

Terdahulu kerusi DUN Bukit Begunan telah disandang oleh Mong anak Dagang selaku Menteri Muda Permodenan Pertanian dan Menteri Muda Pelancongan dan Warisan pada masa sekarang.

Mong, dari Parti Rakyat Sarawak (PRS) telah berjaya mempertahankan kerusi berkenaan setelah menewaskan calon Parti Kebangsaan Sarawak, Datuk Seri Daniel Tajem anak Miri dengan majoriti 1,007 undi.

Tamat.

No comments:

Post a Comment