Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 April, 2011

300 orang ahli PKR Batang Lupar keluar parti


Caption: MASUK BN...Marshal bersama bekas penyokong PKR menunjukkan dokumen permohonan kemasukan ke PBB kelmarin.

LINGGA, Khamis (14 April) – Pihak pembangkang menerima tamparan hebat apabila seramai 300 orang ahli Parti KeAdilan Rakyat (PKR) cabang P.201 Batang Lupar bertindak keluar dari parti berkenaan untuk menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Borang permohonan keahlian PBB telah diserahkan oleh wakil mereka iaitu Marshal Agung anak Kenneth Jupa kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi Majlis Mesra Bersama Pemimpin di Penempatan Baru Kampung Pulau Seduku, Lingga kelmarin.

Agung ketika bercakap pada sidang media memberitahu kesemua 300 orang ahli PKR Batang Lupar telah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti diperingkat pusat dan juga ranting-ranting DUN N.23 Lingga.

“Kami keluar parti memandangkan pihak PKR menyatakan janji-janji kosong dan tidak tidak prihatin terhadap para ahli yang sentiasa beusaha keras (demi perjuangan parti) selama ini.

“Ingin saya tegaskan di sini bahawa tindakan kami keluar dari PKR adalah secara rela dan bukannya paksaan daripada mana-mana pihak,” katanya sambil menambah bahawa pihaknya berikrar menyokong calon Barisan Nasional (BN) untuk N.23 Lingga iaitu Hajah Simoi Haji Peri pada Pilihan Raya Umum DUN Sarawak Ke-10 kelak.

Justeru Marshal yang juga merupakan bekas Setiausaha PKR cabang P.201 Batang Lupar menyatakan kesediaan pihaknya untuk bekerjasama dengan komponen parti BN yang sedia ada demi mencapai kemenangan besar (pada pilihan raya kelak).

Tamat.

1 comment: