Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 April, 2011

132 pelajar join Program Motivasi di SMK Sri Aman







Caption: SYABAS...Noor Hisyam menerima cenderamata daripada Fazli (kanan) ketika berlangsung majlis penutupan program.

SRI AMAN, Jumaat (15 April) – Sejumlah 132 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Aman mengambil bahagian dalam Program Motivasi Kepimpinan Pelajar yang berlangsung selama dua hari di Dewan Hollis, sekolah terbabit baru-baru ini.

Jurucakap penganjur berkata kesemua 132 orang peserta program Program Motivasi Kepimpinan Pelajar berkenaan terdiri daripada ahli Pengawas Sekolah, Ketua Tingkatan dan Ketua Dorm sekolah terbabit.

“Program ini bertujuan untuk menanamkan sikap tanggungjawab terhadap diri sendiri, sekolah, agama, bangsa, negara dan keluarga ketika menjalankan tugas masing-masing di sekolah.

“Pihak kami menerusi program ini juga mahu membina keyakinan diri kepada pemimpin pelajar sesi 2011 bahawa mereka boleh melakukan dan mencapai kejayaan lebih baik daripada yang mereka capai setakat ini,” katanya.

Beliau juga turut menambah bahawa Program Motivasi Kepimpinan Pelajar ini juga turut diserikan lagi dengan penglibatan 25 orang siswa-siswi dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Justeru beliau berharap agar Program Motivasi Kepimpinan Pelajar ini akan dapat membantu pelajar untuk menjalankan tugas dengan berkesan ketika berada di sekolah mahupun asrama selepas ini.

Terdahulu Program Motivasi Kepimpinan Pelajar ini telah dijayakan dengan sesi taklimat, ice breaking, taaruf, network busy, main setting, team building (perlaksanaan), riadah dan resolusi minda.

Majlis penutupan program disempurnakan oleh Pensyarah Falkulti Kejuruteraan merangkap penasihat program, Noor Hisyam Noor Mohammed sambil disaksikan oleh pengarah program, Nik Mohd Fazli Ismail dan ketua protokol disiplin kem berkenaan, Venessa Sambai anak Usek.

Tamat.

No comments:

Post a Comment