Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

29 April, 2011

Happy Labour Day 2011

Selamat Hari Buruh kepada semua rakan rakan Sri Aman news. Jumpa lagi Isnin depan.

YB Saribas ajak semua ketua kaum dan rakyat bekerjasama dengan beliau mulai sekarang


Caption: RASMI...Razi (tengah) sedang menyempurnakan upacara memotong kek kesyukuran bersama tetamu khas ketika berlangsungnya majlis itu di Rumah Snap.
Saleman Senin 
Senarai anugerah -->  (A.M.N, PBK, MaNC (vietnam), PGK (burma), B.A Horns (Universiti Timor Leste)
DEBAK, Jumaat (30 April) – Semua ketua kaum dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Saribas di ajak untuk bersama-sama kerajaan Barisan Nasional (BN) memajukan penempatan masing-masing mulai sekarang.
Wakil rakyat, Ricky Mohd Razi Sitam berkata kerjasama dengan ketua kaum berhubung perkara ini adalah amat penting agar kerajaan dapat melaksana pembangunan kawasan Saribas dari masa ke semasa.
“Saya melahirkan rasa amat berterima kasih terhadap penduduk dan ketua kaum di kawasan Saribas kerana memberi sepenuh kepercayaan kepada kerajaan BN untuk terus memerintah pada pilihan raya umum lepas.
“Justeru saya berharap agar penduduk dan ketua kaum di sini tidak mensia-siakan peluang untuk bekerjasama dengan saya bagi memajukan kawasan DUN Saribas ke tahap lebih tinggi pada masa akan datang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kesyukuran bersempena dengan kemenangan BN di DUN Saribas yang berlangsung di Rumah Snap anak Ujak, Sabar Asal, Debak, Betong baru-baru ini.
Selain itu Razi juga berharap agar penduduk dalam kawasan DUN Saribas untuk sentiasa tampil mengutarakan masalah pembangunan terhadap beliau agar isu terbabit dapat diselesaikan selepas ini.
Sementara itu Ketua Ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu cawangan Rimbas Hilir, Anthony Jiram anak Ot yakin bahawa Razi adalah seorang pemimpin muda berjiwa rakyat memandangkan beliau adalah anak jati di kawasan ini.
Terdahulu sejumlah 250 penduduk dari sekitar kawasan dan rumah panjang tersebut menyatakan kesetiaan dan sokongan penuh kepada kepimpinan beliau serta Kerajaan Barisan Nasional (BN).
Hadir sama ialah Penolong Pegawai Menguasa Pejabat Daerah Kecil Debak, Dr. James anak Luing,  Penghulu Kadam anak Ot dan Penghulu Abang Kifrawi.
Tamat.

Serangan buaya di Sungai Lemanak 12 Januari : Ilik anak Intai terima bantuan cek daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Sri Aman


Caption: PRIHATIN...Sharifah (kanan) menyampaikan cek bantaun kepada mangsa sambil disaksikan oleh isterinya di Rumah Sibat, Jelukong, Engkilili kelmarin.


ENGKILILI, Jumaat (29 April) – Mangsa serangan buaya di Sungai Lemanak, Engkilili pada 12 Januari lepas iaitu Ilik anak Intai, 55, telah menerima cek bantuan serangan binatang buas daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Sri Aman kelmarin.

Cek bantuan bernilai RM2,000 itu disampaikan oleh Penolong Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Sri Aman, Sharifah Ranimah Wan Hashim kepada Ilik sambil disaksikan oleh isteri mangsa iaitu Gani anak Jinba bertempat di Rumah Sibat, Jelukong, Engkilili.

Sharifah ketika ditemui berkata bantuan tersebut bertujuan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa berhubung serangan reptilia ganas berkenaan di sungai terbabit.

“Justeru pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Sri Aman berharap agar mangsa bersama isteri dapat memanfaatkan bantuan tersebut sebaik mungkin selepas ini,” menurut beliau.

Terdahulu pada 12 Januari lepas, mangsa bersama isteri sedang berkayuh ke kawasan kebun di Sungai Lemanak, Engkilili sekitar jam 7.30 apabila seekor buaya muncul lalu menyambar lengan tangan kanannya.

Mangsa yang terhumban ke sungai akibat serangan terbabit bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri setelah memukul buaya tersebut dengan menggunakan pengayuh perahu berkenaan.

Mangsa yang berjaya menyelamatkan diri dari situasi berbahaya ini kemudiannya berjalan kaki bersama isteri menuju pulang ke rumah sebelum dihantar oleh saudaranya ke Hospital Bahagian Sri Aman.
Tamat.

Pasaraya Lian Yi akan adakan jualan hebat dan promosi barangan bermula 1 hingga 3 Mei ini.


Caption: TERKEMUKA...Pasaraya Lian Yi bakal mengadakan jualan dan promosi barangan hebat bermula dari 1 hingga 3 Mei kelak.


SRI AMAN, Jumaat (29 April) – Pasaraya terkemuka dalam kawasan Bandar Sri Aman iaitu Lian Yi Marketing Sendirian Berhad Aman akan mengadakan promosi dan jualan hebat bermula dari 1 hingga 3 Mei ini.

Pemiliknya Khoo Yak Wee berkata promosi dan jualan hebat di Pasaraya Lian Yi ini nanti akan melibatkan tawa5ran barangan keperluan harian rumah termasuk pakaian, minuman, makanan dan banyak lagi.

“Promosi dan jualan hebat berkenaan diadakan bersempena dengan sambutan Ulangtahun Ke-4 Pembukaan Pasaraya Lian Yi Marketing Sendirian Berhad pada 1 Mei 2007 di kawasan Jalan Sabu, Sri Aman.

“Promosi dan jualan hebat ini bermula dari 8.30 pagi hingga jam 8.30 malam. Justeru pihak kami dengan berbesar hati menjemput semua penduduk untuk hadir bagi memeriahkan aktiviti promosi dan jualan hebat berkenaan,” katanya.

Terdahulu Lian Yi Marketing merupakan salah sebuah pasaraya yang paling terkemuka dalam Bandar Sri Aman ini selain daripada Pasaraya Everise dan Pasaraya Hock Lee Eng.

Tamat.


Jangan angkut kayu guna motorsikal di kawasan bandar


BERBAHAYA...Seorang penunggang motorsikal kelihatan sedang membawa beberapa batang kayu dengan cara yang dianggap bahaya ketika melintasi kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Aman beberapa minggu yang lepas. Gambar yang dirakam oleh penulis ini bertujuan untuk menyedarkan para penunggang motorsikal di sini agar tidak meniru aksi berbahaya lelaki berkenaan. Ini kerana jika tidak berhati-hati kayu yang dibawa olehnya boleh terkena pejalan kaki atau pun dilanggar pemandu kereta lain yang tidak menyedari tentang kayu tersebut. Perbuatan itu boleh mengundang kecederaan terhadap penunggang itu sendiri ataupun orang lain dalam bandar ini. - 30 April

28 April, 2011

Toyota Roadshow Sri Aman 28 hingga 30 April ini di Mini Stadium Sri Aman

Caption: MARI BEGAMBA BERAMAI RAMAI...Harden dan isteri, Simba (kiri sekali) bersama Lee (tiga kiri) serta tetamu khas lain bergambar kenangan di hadapan kenderaan model Toyota Prius ketika berlangsung Toyota Roadshow hari ini.

Penghulu Lee : "Di sini ada menjual kelata kebal dan keleta solong,"
Pelanggan 1 : "Waseh... u kompeni kuat lihai ooo...,"
Pelanggan 2 : "Di sini ada menjual keleta solong?"
Pelanggan 3 : "Kenapa di sini tiada jamuan kalipap?"

Budak : "Aku datang sini mahu melihat..tapi sikalang aku di suruh jadi pak pacak,"




SRI AMAN, Khamis (28 April) – Orang ramai dijemput untuk memeriahkan suasana sambutan Toyota Roadshow 2011 yang telah berlangsung di Mini Stadium Sri Aman bermula hari ini (28 April) hingga hari Sabtu ini (30 April) kelak.

Pengerusi Syarikat Inrun Motor Sendirian Berhad, Penghulu Lee Shiang Hua berkata mereka berpeluang untuk menyaksikan beberapa buah model kereta Toyota yang dipamerkan menerusi aktiviti itu antaranya ialah Avanza, Hilux, Vios, Rush, Innova dan model Prius 1.8 CC.

Model tumpuan pada Roadshow ini iaitu Toyota Prius katanya menggunakan teknologi Hybrid dan mempunyai banyak ciri-ciri keistimewaan penting untuk mana-mana pengguna yang membeli kenderaan berkenaan.

Pertama katanya kenderaan Toyota Prius boleh menggunakan tenaga elektrik untuk fungsi pergerakan dalam jarak perjalanan 60 kilometer dan pengunaan enjin berminyak bagi jarak lebih dari itu.

“Model kenderaan ini bersifat mesra alam kerana enjinnya tidak mengeluarkan asap karbon monoksida yang banyak disamping jimat penggunaan minyaknya iaitu satu liter petrol bagi perjalanan sejauh 38 kilometer.

“Dengan kata lain Prius adalah kereta terbaik untuk mereka jika mahu berjimat dari segi penggunaan minyak pada masa sekarang,” katanya sambil menambah bahawa model kenderaan ini juga mempunyai sebanyak tujuh buah beg udara bagi tujuan keselamatan.

Selain itu model Toyota Prius yang juga dilengkapi dengan sistem cas semula bateri elektrik ketika perjalanan menggunakan enjin bagi jarak 60 kilometer jelas Lee dijual pada harga sekitar RM139,000 (on the road price).

“Pihak kita juga turut menawarkan baucer pembelian barangan Parkson bernilai RM250 kepada pelanggan yang menempah kenderaan model Toyota dan juga tawaran kadar faedah antara 2.58 hingga 2.8 peratus ketika berlangsungnya Roadshow ini,” katanya.

Toyota Roadshow 2011 akan dibuka untuk kunjungan orang ramai bermula dari jam 8 pagi hingga 7 petang dan mereka berpeluang untuk mendapatkan hadiah dan pandu uji percuma pada aktiviti itu.

Terdahulu Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis bersama isteri, Datin Simba Nalang dan Residen Sri Aman, Abdul Rahman Sebli Sanusi turut hadir sama bagi menyaksikan Roadshow itu.

Tamat.

BERAKSI...Timbalan Residen (Pembangunan) Bahagian Sri Aman, Desmond Douglas Jerukan sedang berdiri di hujung atas bot bagi menangkap foto ombak Benak yang menyusuri Sungai Batang Lupar Sri Aman baru-baru ini. Pihak Pejabat Residen Sri Aman kini masih dalam proses untuk mempromosi dan memilih tarikh tepat penganjuran Pesta Benak 2011 di Bandar Sri Aman. Jangkaan awal bagi tempoh sambutan Pesta Benak Sri Aman 2011 ialah pada bulan Jun ini. Jika berjaya maka Bandar Sri Aman sekali lagi akan dibanjiri lebih 10,000 orang pengunjung dari dalam dan luar kawasan pada masa itu. - 28 April, Jurufoto unknown.

Semua kaum digalak kenali budaya antara satu sama lain - Harden



Mugshot: DATUK FRANCIS HARDEN HOLLIS

SRI AMAN, Khamis (28 April) – Setiap kaum digalak untuk mengenali dan mempelajari budaya dan adat resam antara satu sama lain bagi menjayakan perlaksanaan konsep 1Malaysia selepas ini.

Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam Amal Kebajikan anjuran Pertubuhan Meninggikan Akhlak atau Chee Chuan Khor Simanggang di Deawan Suarah Sri Aman baru-baru ini.

Katanya dengan demikian perlaksanaan konsep 1Malaysia akan membawa lebih banyak makna terhadap semua penduduk berbilang kaum dalam negeri ini pada masa akan datang.

“Sebenarnya mempelajari budaya dan adat resam kaum antara satu sama lain akan memperkukuhkan lagi hubungan perpaduan yang sudah terjalin antara penduduk berbilang kaum dalam negeri ini.

“Kelebihannya di sini ialah perpaduan membolehkan kerajaan melaksana pelbagai projek pembangunan dengan lebih terurus dan lancar dalam negeri ini dari masa ke semasa,” katanya.

Harden juga mengalakkan persatuan untuk menganjur lebih banyak aktiviti bercorak kebudayaan dan adat resam demi mengeratkan lagi hubungan perpaduan antara kaum selepas ini.

Justeru beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berharap agar penduduk sedar bahawa hanya menerusi kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telus maka barulah perpaduan dapat diwujudkan dalam negara ini khasnya di Sarawak.

 
Hadir sama bagi memeriahkan suasana sambutan majlis adalah Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, Pengerusi Persatuan Chee Chuan Khor Simanggang, Kapitan Kuek Aik Seng serta ahli Jawatankuasa persatuan yang lain.

Tamat.

27 April, 2011

Sri Aman tuan rumah kejohanan takraw MSS Sarawak 2011 dari 3 - 6 Mei


Mugshot: MENJANG NIAH

SRI AMAN, Rabu (27 April) – Sri Aman akan menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Sepak Takraw Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (MSS) Sarawak 2011 yang bakal berlangsung dari 3 hingga 6 Mei ini.
 
Pegawai Teknologi Pendidikan Bahagian, Sri Aman-Betong, Menjang Niah menerusi siaran medianya kelmarin memberitahu kejohanan kelolaan Pejabat Pelajaran Daerah Sri Aman itu akan berlangsung di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Sri Aman.
 
“Sebanyak tiga buah kategori pertandingan diadakan menerusi Kejohanan Sepak Takraw MSS Sarawak 2011 ini nanti iaitu Kategori 12 Tahun Ke Bawah, 15 Tahun Ke Bawah dan 18 Tahun Ke Bawah.
 
“Kejohanan ini nanti bakal menyaksikan pasukan bagi Kategori 12 Tahun Ke Bawah bakal menjadi perlawanan pembukaan tirai bermula jam 8 pagi bertempat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman itu pada 3 Mei kelak,” katanya.
 
Menjang juga turut menambah bahawa Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Sri Aman, Mohd Yusop Lugom akan menyempurnakan majlis penangguhan rasmi kejohanan terbabit pada 6 Mei.
 
“Kejohanan Sepak Takraw MSS Sarawak 2011 ini secara tidak langsung akan memberi peluang kepada semua peminat sukan takraw di Sri Aman untuk menyaksikan saingan dalam perlawanan itu.
 
“Justeru semua penduduk dalam bandar ini dijemput untuk ke Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Sri Aman bagi memeriahkan pertandingan itu pada tarikh yang dinyatakan,” menurut beliau.
 
Tamat...

Penyokong pembangkang di Engkilili diminta pulang ke BN kata Rayong




Caption: RASMI...Rayong sedang meniup lilin sebagai simbolik perasmian majlis sambil disaksikan oleh Nyalau (kanan) dan tetamu khas yang lain pada majlis itu.

ENGKILILI, Rabu (27 April) – Rakyat terutama sekali dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili yang menyokong pihak pembangkang pada pilihan raya lepas untuk kembali menyokong Barisan Nasional (BN) selepas ini.

ADUN Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa berkata berkata demikian ketika berucap pada Majlis Merarau Sekolah Kebangsaan (SK) San Semanju 2011 bertempat di Dewan Sri Kenyalang sekolah terbabit di Engkilili hari ini.

Katanya rakyat kawasan Engkilili masih memerlukan pimpinan kerajaan BN dalam memaju dan melaksanakan pelbagai projek pembangunan demi kebaikan hidup mereka dari masa ke semasa.

“Saya tetap memaafkan rakyat di sini yang tidak menyokong BN pada pilihan raya lepas. Pentingnya di sini ialah rakyat tidak harus berpecah-belah hanya disebabkan oleh perselisihan politik yang berbeza.

“Lagipun projek pembangunan tidak akan dapat dilaksana dengan penuh lancar di Engkili jika rakyat di sini tidak bersatu hati dan saling bertelagah antara satu sama yang lain,” katanya.

Rayong pada ucapannya itu juga berharap agar rakyat di kawasan Engkilili tidak mempersiakan masa depan pembangunan dalam kawasan masing-masing dengan menyokong pembangkang pada pilihan raya parlimen akan datang.

Katanya kesenangan hidup rakyat di Engkilili hanya boleh dijamin oleh kerajaan BN yang sememangnya sudah cukup berpengalaman dalam mentadbir pembangunan negeri Sarawak sejak dahulu lagi.

“Justeru saya berharap agar rakyat di sini faham bahawa hanya kerajaan BN yang berkeupayaan untuk menaiktaraf hidup semua rakyat tanpa mengira latar belakang kaum dan agama,” katanya.

Majlis yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak itu turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Lubok Antu, Jack Aman Luat dan Pegawai JASA N.28 Engkilili, Edwin Ancheh.

Tamat.

Sediakan diri untuk SCORE - Nyalau


Caption: MANFAAT...Nyalau (kanan) menyampaikan cek MRP bernilai RM10,000 kepada wakil PIBG SK Sbangki (kiri) sambil disaksikan oleh Rayong (dua kanan) pada majlis itu.

ENGKILILI, Rabu (27 April) – Perlaksanaan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui (SCORE) di kawasan wilayah tengah Sarawak bakal menjana sejumlah 1.5 juta peluang pekerjaan apabila ia siap dilaksana kelak kata Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak.

Justeru bagi mengisi kapasiti kekosongan kerja itu nanti, beliau telah menasihat para pelajar khususnya dalam kawasan Lubok Antu untuk mencapai status pencapaian akademik yang cemerlang sebelum layak memohon kerja di SCORE selepas ini.

“Dengan kata lain para pelajar khususnya dalam kawasan Lubok Antu perlu berusaha keras mulai sekarang untuk mencapai status pembelajaran yang tinggi dalam bidang akademik.

“Pelajar perlu cemerlang dalam bidang akademik sekiranya mereka mahu bersaing secara lebih sihat ketika mahu merebut peluang pekerjaan di SCORE pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Merarau Sekolah Kebangsaan (SK) San Semanju 2011 bertempat di Dewan Sri Kenyalang sekolah terbabit di Engkilili hari ini.

Selain itu kata Nyalau Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) perlu memainkan peranan penting sebagai sebuah ‘jambatan’ untuk menghubungkan penduduk dengan kerajaan di kawasan masing-masing.

Menurutnya, kerajaan memerlukan pertubuhan seperti JKKK sebagai sebuah saluran penting untuk menyampaikan pelbagai masalah yang mempunyai hubung kait dengan sesebuah kelompok penduduk terbabit kepada kerajaan.

“Dengan adanya fungsi JKKK itu, kerajaan tidak akan mempunyai sebarang kerumitan untuk mengenalpasti masalah berkenaan dan seterusnya melaksanakan program atau projek yang mampu menyelesaikan permasalahan berkenaan,” katanya.

Majlis yang dirasmikan oleh beliau turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa, Pegawai Daerah Lubok Antu, Jack Aman Luat dan Pegawai JASA N.28 Engkilili, Edwin Ancheh.

Tamat.

Cinta Empu Tua - Mona (fea. Andy Baru)


Promo video --- > Mona : Cinta Empu Tua

26 April, 2011

Ketua ranting dan pemuda PBB Batang Lupar buat laporan polis pasal sms fitnah Gerakan Anti Rohani




Caption: KAMI BANTAH...Zaidi (tiga kanan) bersama ahli PBB Batang Lupar menunjukkan salinan laporan polis di berhubung sebaran sms berbaur fitnah terhadap Rohani.


SRI AMAN, Selasa (26 April) – Para ketua ranting dan pemuda dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) P.201 Batang Lupar telah tampil membuat laporan di Balai Polis Sri Aman pada jam 10.30 pagi hari ini.

Kumpulan pelapor yang terdiri daripada tujuh orang ahli PBB dalam kawasan P.201 Batang Lupar itu telah diketuai oleh Ketua Ranting PBB Kampung Hulu / Lingga iaitu Zaidi Abang Akim.

Enam orang ahli PBB yang hadir sama bagi membuat laporan di Balai Polis Sri Aman uialah Robert anak Barat, Abang Waslie Abang Madeni, Haji Shamsuddin Haji Saliman, Abang Kamsi Abang Morsidi, Daud Ahmad dan Jenny anak Ekin.

Mereka tiba di Balai Polis Sri Aman pada jam 10.15 pagi dan selesai membuat laporan berhubung penyebaran Sistem Pesanan Ringkas (SMS) berbaur fitnah tentang Gerakan Anti Rohani (GAR) yang diterima menerusi telefon bimbit mereka pada 21 April lepas.

Zaidi ketika ditemui memberitahu pihak ketua ranting dan pemuda dari kawasan PBB Batang Lupar menolak sekeras-kerasnya fitnah yang disebarkan oleh pihak terbabit mengenai Datuk Hajah Rohani Karim menerusi sms sebelum ini.

“Segala dakwaan terbabit adalah tidak benar. Beliau (Rohani) merupakan seorang Ahli Parlimen Batang Lupar yang cemerlang dalam melaksanakan tugas di kawasan kami selama ini.

“Disebabkan oleh sms fitnah berkenaan maka kesemua kami tampil untuk membuat laporan polis di sini bagi membuktikan bahawa ahli PBB Batang Lupar menolak sekeras-kerasnya sms tersebut,” katanya.

Beliau juga menasihatkan penduduk di kawasan Parlimen Batang Lupar supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan yang dilemparkan oleh pihak tertentu menerusi sms tersebut.

“Sms berkenaan sebenarnya boleh mencemarkan imej Rohani. Justeru saya meminta penduduk di kawasan Parlimen Batang Lupar supaya mengendahkan sms berkenaan selepas ini,” katanya.

Tamat.




M - Corp anjur kursus induksi keselamatan di Dewan Suarah Sri Aman


Caption: UNTUK ALBUM...Mashan (duduk tengah) bergambar kenangan bersama peserta sebaik sahaja tamat kursus terbabit di Dewan Suarah Sri Aman.

Abang Daud Abang Julhi
IPD Betong

SRI AMAN, Selasa (26 April) – Seramai 26 orang kontraktor dan bakal kontraktor mengambil bahagian dalam Kursus Induksi Keselamatan Dan Kesihatan Untuk Pekerja Binaan yang berlangsung di Dewan Suarah Sri Aman baru-baru ini.

Kursus berkenaan yang juga dikenali sebagai Kursus Kad Hijau CIDB adalah merupakan anjuran syarikat M-CORP Sendirian Berhad Kuching dan berlangsung selama empat hari di dewan berkenaan berkenaan.

Pengarah Urusan syarikat M-CORP Sendirian Berhad, Mashan Haji Ahmad Rais ketika ditemui memberitahu bahawa Kursus Kad Hijau CIDB adalah wajib untuk dihadiri oleh semua mereka yang terlibat dalam industri pembinaan.

“Kursus yang melibatkan golongan pekerja am, penyelia tapak, pekerja professional dan kontaktor itu bertujuan untuk mendedahkan semua peserta tentang aspek-aspek keselamatan di tapak pembinaan.

”Disamping itu semua peserta turut diberi kesedaran tentang pentingnya penggunaan alat-alat keselamatan / Personal Protective Equipment (PPE) seperti helmet keselamatan, safety boot dan sebagainya semasa bekerja di tapak pembinaan,” menurut beliau.

Peserta menerusi kursus ini menurut beliau juga telah diberitahu mengenai kehendak Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) tentang kewajiban am majikan dan kewajipan am pekerja terhadap pematuhan aspek keselamatan di tapak pembinaan.

Kegagalan majikan dan pekerja untuk mematuhi aspek keselamatan di tapak binaan kata Mashan secara tidak langsung akan menyebabkan mereka dikenakan hukuman penjara atau denda menurut akta berkenaan.

“Selain itu kad hijau juga merupakan pengiktirafan CIDB tentang kemahiran seseorang pekerja yang mana setiap maklumat pekerja akan disimpan dalam pengkalan maklumat CIDB selepas itu.

“Semua pemegang kad hijau juga adalah dilindungi oleh skim perlindungan insuran takaful. Justeru diharap agar kesemua peserta memanfaatkan sepenuhnya maklumat yang mereka perolehi menerusi kursus berkenaan selepas ini,” katanya.

Beliau juga turut menambah bahawa pihaknya akan menganjurkan kursus yang sama bermula dari 25 hingga 28 Mei di Dewan Suarah, Sri Aman dan mereka yang ingin tahu lebih lanjut boleh menghubungi pihak penganjur di talian 082-441601 selepas ini.

Tamat.



Harden layak diamanahkan jawatan Menteri penuh - Tr Umbek



Musghot : UMBEK ACHAT


SRI AMAN, Selasa (26 April) – Penduduk Kampung Dayak Baru Kejatau menyokong penuh Datuk Francis Harden anak Hollis untuk mengisi jawatan menteri (penuh) dalam Kabinet Kerajaan Negeri selepas ini.

Tuai Rumahnya, Umbek anak Achat berkata Harden yang kini merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang bagi penggal ke-4 layak diberi amanat untuk memegang portfolio menteri penuh Kabinet Kerajaan Negeri memandangkan beliau seorang wakil rakyat yang rajin.

“Kesemua 49 buah keluarga dalam Kampung Dayak Baru Kejatau berharap agar beliau memegang jawatan menteri penuh berdasarkan kepada pengalamannya ketika memegang jawatan menteri muda sekarang.

“Justeru Harden layak diberi peluang untuk memegang portfolio menteri penuh dalam Kabinet Kerajaan Negeri demi memacu pembangunan kawasan Sri Aman ke tahap lebih baru selepas ini,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Selain itu Menteri Muda Kemajuan Tanah itu kata Umbek juga merupakan seorang wakil rakyat yang tidak akan berkata ‘tidak’ terhadap pelawaan penduduk untuk menyertai sesebuah aktiviti atau program di kawasan mereka sehingga kini.

Wakil rakyat itu katanya amat mudah mendampingi penduduk seperti sifat mendiang ayahnya, Hollis anak Tini yang pernah menjadi ADUN kawasan Simanggang dari tahun 1973 hingga 1983.

“Atas sebab ini jika Harden menjadi menteri penuh maka beliau tidak akan mudah mengalah dalam melaksanakan pelbagai jenis tugas yang diberi oleh kerajaan terhadap beliau dari masa ke semasa,” katanya.

Umbek turut menambah bahawa kawasan DUN Simanggang tidak pernah mempunyai seorang menteri penuh sehingga sekarang melainkan mendiang Datuk Tawi Sili selaku Ketua Menteri dari tahun 1966 hingga 1970.

“Justeru kami, penduduk Kampung Dayak Baru Kejatau amat berharap agar Harden diberi peluang untuk memegang jawatan menteri penuh berdasarkan kepada kelayakan beliau selama ini,” kata pesara Jabatan Tanah dan Survei Sri Aman itu.

Tamat.







Caption: TERIMALAH…Pengerusi majlis iaitu Kanselor Tr Albert Klinsing Manau (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Nyalau (kanan) pada majlis itu.


LUBOK ANTU, Isnin (25 April) – Penduduk Kristian dari makzab Anglican di Pekan Lubok Antu bakal menyaksikan pembinaan sebuah gereja baru di situ dalam masa terdekat kelak kata Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak.

Ini kerana harapan untuk melihat terbinanya sebuah gereja baru bagi Saint Philip Lubok Antu menurut beliau nyata amat cerah setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan RM500,000 bagi tujuan itu sebelum ini.

“Jawatankuasa Gereja Anglican Saint Philip Lubok Antu buat masa ini telah berjaya mengumpul wang sebanyak RM100,000 hasil kutipan majlis makan malam dan lain-lain aktiviti lain sebelum ini.

“Jumlah itu nyata tidak cukup bagi melaksana kerja pembinaan gereja baru sehinggalah beliau (Najib) ketika melawat ke Lubok Antu pada musim pilihan raya umum lalu mengumumkan peruntukan sebanyak RM500,000 bagi tujuan terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam Bersempena dengan Sambutan Hari Easter yang berlangsung di Dewan Saint Philip Lubok Antu malam tadi.

Sekiranya peruntukan terbabit sudah disalurkan kelak, maka pihak jawatankuasa Anglican Saint Philip Lubok Antu menurut Nyalau boleh memulakan kerja pembinaan gereja baru dengan jumlah keseluruhan wang bernilai RM600,000.

Gereja baru yang dikenali sebagai Saint Philip Lubok Antu  berkenaan tambah beliau lagi sudah pastinya akan memberi keselesaan kepada penganut agama kristian di daerah ini dari masa ke semasa.

“Ia merupakan berita baik untuk semua penduduk Kristian Anglican di sini. Justeru saya berharap agar penduduk di sini sedar bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) juga tidak berat sebelah dalam membantu aktiviti kerohanian penduduk di negara ini,” katanya.

Nyalau menerusi majlis berkenaan telah mengumumkan peruntukan bernilai RM5,000 kepada Gereja Saint Philip Lubok Antu.

Tamat.

Razi adakan majlis kesyukuran sempena kemenangan BN di Saribas


Caption: MESRA...Razi (tengah) ketika bermesra bersama para jemputan di kediamannya kelmarin.

Saleman Senin,
Tauke Balak Betong

DEBAK, Isnin (25 April) - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Ricky @ Mohamad Razi bin Sitam telah mengadakan majlis kesyukuran bersempena dengan kemenangan Barisan Nasional (BN) di kawasan DUN terbabit di kediamannya kelmarin.

Majlis kesyukuran yang dihadiri seramai 2,500 orang penyokong dan petugas dari komponen parti BN itu turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang serta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Sri Douglas Uggah anak Embas.

Turut hadir sama bagi memeriahkan majlis itu ialah Ketua Polis Daerah Betong, DSP Bukhori Saffai, Pengarah Belia dan Sukan Sarawak, Salihin Haji Kachon dan pegawai kerajaan yang lain.

Razi ketika ditemui memberitahu majlis ini bertujuan untuk memberi ruang kepada beliau bagi menyatakan penghargaan dan rasa terima kasihnya terhadap semua pihak yang telah berusaha memastikan kejayaan BN di DUN Saribas pada pilihan raya lepas.

“Majlis ini juga bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan antara rakyat dengan para pemimpin di kawasan DUN Saribas disamping mendengar masalah serta keperluan mereka,” katanya.

Selain itu beliau juga akan memulakan usahanya untuk bertemu dengan semua rakyat dalam kawasan DUN Saribas setelah buat pertama kalinya menjadi wakil rakyat mereka pada 16 April lepas.

Walaupun masih baru dalam dunia politik, Razi berharap agar rakyat dalam kawasan DUN Saribas memberi sepenuh kerjasama terhadap dirinya bagi merancang masa depan pembangunan kawasan itu selepas ini.

“Paling penting di sini ialah rakyat dalam kawasan DUN Saribas untuk terus menyokong kerajaan BN demi masa depan pembangunan mereka di masa akan datang,” menurut beliau.

Terdahulu Razi, dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) muncul ADUN Saribas pada pilihan raya umum lalu setelah memperolehi majoriti 1,728 undi sekaligus menewaskan lawan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Abang Zulkifli Abang Engkeh.

Tamat.

Blogger perlu bertanggungjawab




Mugshot:

1.NASIR...Setuju

2. USUN...Bertanggungjawab
  
SRI AMAN, Isnin (25 April) – Penduduk bersetuju bahawa golongan blogger internet harus memberikan pelbagai sumbangan yang positif terhadap pembangunan negara dari masa ke semasa.

Pandangan ini diperoleh daripada beberapa orang penduduk menerusi hasil tinjauan rambang Utusan Sarawak berhubung komen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara penulis blog kelmarin.

“Ya saya sokong pendapat beliau (Najib) yang menyatakan bahawa penulis blog harus mengetengahkan pandangan yang membina bagi mewujudkan masa depan lebih baik untuk negara,” kata Nasir Wan Ibrahim, 20.

Jelas beliau, penulis blog tempatan mampu menentukan hala tuju pembangunan negara khasnya Sarawak menerusi pendapat yang mereka paparkan dalam laman blog masing-masing.

Jika penulis blog memaparkan pendapat yang berbau hasutan politik maka ia secara tidak langsung kata Nasir akan mempengaruhi pemikiran golongan muda dalam menentang usaha pembangunan negara selepas ini.

Sementara itu Aini Usun, 18, pula berpendapat bahawa golongan penulis blog perlu memikul sikap bertanggungjawab ketika berkongsi pendapat bersama rakan blog yang lain.


Malahan penulis blog katanya juga harus bersikap profesional iaitu tidak mempamerkan pelbagai isu sensitif demi kepentingan diri masing-masing terutama sekali dari segi politik.

“Adalah tidak profesional bagi seseorang penulis blog itu jika ia mengutarakan hasil penulisan tidak berasas dikalangan rakan blogger yang lain,” katanya sambil menambah bahawa blog boleh menjadi medium penyampai maklumat yang sesuai jika digunakan dengan betul.

Tamat.

Pertandingan Pidato 1 Malaysia (Bukan Melayu) di Betong pada 6 - 7 Mei ini


Mugshot: SAINI BOJENG


SRI AMAN, Isnin (25 April) – Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak akan mengadakan Pertandingan Pidato 1Malaysia (Bukan Melayu) Peringkat Begeri Tahun 2011 di Dewan Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, Betong bermula dari 6 hingga 7 Mei ini.

Pegawai Penerangan Bahagian Sri Aman / Betong, Saini Bojeng memberitahu Pertandingan Pidato 1Malaysia (Bukan Melayu) Tahun 2011 yang bertemakan Gagasan 1Malaysia Wadah Perpaduan Nasional ini dibuka kepada rakyat Malaysia bukan Melayu yang berumur 18 tahun ke atas.

Tajuk Pidato katanya adalah seperti berikut: Pendidikan Wadah Perpaduan Bangsa, Memperkasa Bahasa Mendaulatkan Bangsa, Bersatu Dalam Kepelbagaian Budaya, Rukun Negara Menyatupadukan Bangsa, Nilai-Nilai Murni Memperkasakan Perpaduan, Bersatu Teguh Bercerai Roboh dan Perpaduan Pemangkin Wawasan Negara.

Mereka yang berminat menurut beliau boleh mendapatkan borang penyertaan di Pejabat Penerangan Daerah Betong, Saratok, Lubok Antu dan Sri Aman sebelum atau pada tarikh tutupnya iaitu 27 April ini.

“Syarat-syarat pertandingan juga boleh didapati di pejabat berkenaan. Justeru diharap agar mereka yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan tersebut mulai sekarang sebelum tarikh tutup itu nanti,” kata Saini.

Beliau turut menambah bahawa pertandingan ini menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM1,500 kepada johan, RM1,000 untuk naib johan, RM500 untuk pemenang tempat ketiga dan hadiah wang saguhati bernilai RM200 seorang kepada lima orang peserta.

Terdahulu Pertandingan Pidato 1Malaysia (Bukan Melayu) Peringkat Begeri Tahun 2011 sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 29 dan 30 April ini di Dewan Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, Betong.

Namun faktor pilihan raya umum yang baru sahaja tamat pada 16 April lepas telah menyebabkan tarikh tutup pertandingan terbabit dilanjutkan ke 27 April disamping memberi lebih banyakn peluang untuk rakyat menyertai pertandingan itu.

Tamat.

24 April, 2011

Peserta Kem Pengawas SMK Sri Aman bergambar kenangan


UNTUK ALBUM...Pensyarah Falkulti Kejuruteraan merangkap penasihat program, Noor Hisyam Noor Mohammed (duduk tengah) bergambar kenangan bersama 132 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Aman mengambil bahagian dalam Program Motivasi Kepimpinan Pelajar yang berlangsung selama dua hari di Dewan Hollis, sekolah terbabit baru-baru ini. Peserta program Program Motivasi Kepimpinan Pelajar berkenaan terdiri daripada ahli Pengawas Sekolah, Ketua Tingkatan dan Ketua Dorm sekolah terbabit. Ia juga turut disertai oleh 25 orang siswa-siswi dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Program yang bertujuan untuk menanamkan sikap tanggungjawab terhadap diri sendiri, sekolah, agama, bangsa, negara dan keluarga ketika menjalankan tugas masing-masing di sekolah itu berlangsung selama tiga hari. - 23 April

23 April, 2011

Untuk rakan @ boss boss semua.

Blog Sri Aman News ini mempunyai sejenis player muzik @ video secara automatik. Ia digelar sebagai mixpod (rujuk bahagian kanan blog). Sebenarnya pembaca boleh mengawal player terbabit secara manual sama ada memberhentikan player itu sendiri atau menukar kepada video @ muzik yang seterusnya.

Jika boss boss semua mahu menonton video tambahan di sini tanpa ada gangguan muzik automatik dari mixpod just tekan 'stop' atau 'pause' di player berkenaan.

Hahahahaha. Selamat Hari MInggu rakan-rakan. Mari lah kita off dan enjoy bersama family kita.

Ada line pun masih langgar law


Caption: SENGAJA...Beberapa buah kereta kelihatan sedang parkir di atas laluan jalan yang sudah ditanda garis arah pandu dan sekaligus menimbulkan risiko kesesakan lalulintas di sini.


SRI AMAN, Jumaat (22 April) – Penduduk gemar mengkritik pihak berkuasa tempatan jika kehendak atau keinginan terhadap khidmat yang sepatutnya gagal dilaksana oleh pihak berkenaan.

Namun di sebalik perkara itu penduduk nyata gagal menghargai segala sumbangan yang telah pihak berkuasa tempatan lakukan untuk kebaikan hidup mereka selama ini terutama sekali di kawasan pusat Bandar Sri Aman.

Salah satu masalahnya ialah apabila pengguna gagal mematuhi peraturan garisan arah pandu dan tempat meletak kenderaan yang disediakan olehpihak berkuasa tempatan di sini iaitu Majlis Daerah Sri Aman (MDSA).

Semenjak garisan arah pandu dan tempat parkir di cat oleh MDSA kira-kira tiga bulan lepas, pengguna kenderaan di Bandar Sri Aman nyata masih tidak memandang serius terhadap kepentingan tanda terbabit.

Ia terbukti apabila masih ramai pengguna kenderaan yang sengaja memandu memasuki laluan garis arah pandu bertentangan tanpa memperdulikan pengguna kenderaan yang mengikuti peraturan itu.

Malah lebih mengecewakan lagi ialah apabila terdapat di antara pengguna kenderaan ini yang sengaja meletak kereta masing-masing di kawasan laluan jalan raya yang sudah ditanda dengan garis arah pandu.

“Tindakan mereka menyebabkan pengguna kenderaan sukar memandu secara bebas antara jam 8 pagi hingga 11.30 pagi pada setiap hari memandangkan laluan jalan raya dalam kawasan bandar kian sempit disebabkan oleh sikap mereka.

“Pengguna kenderaan harus menghormati kemudahan garis arah pandu yang disediakan oleh MDSA kerana kegagalan berbuat menyebakan mereka tidak layak untuk mengkritik pihak berkuasa tempatan berhubung masalah tersebut selepas ini,” kata seorang pemilik restoran.

Justeru penduduk katanya harus menjayakan usaha MDSA untuk mengurangkan masalah kesesakan lalulintas dan perletakan kenderaan yang lebih teratur dengan mematuhi garis pandu arah dan petak letak kenderaan dari masa ke semasa.

Tamat

Taman Panorama Benak terus jadi tumpuan



Caption: TAKSUB...Para penduduk sedang berkumpul di kawasan Taman Panorama Benak untuk menyaksikan ombak Benak dari jarak dekat ketika ia menyusuri Sungai Batang Lupar Sri Aman.

Pix By Carolina Liza

SRI AMAN, Jumaat (22 April) - Taman Panorama Benak nyata memberi nafas baru kepada eko pelancongan Bandar Sri Aman semenjak ia dirasmikan oleh Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud pada bulan April tahun lepas.

Terletak berhadapan dengan Pejabat Residen Sri Aman, Taman Panorama Benak yang menelan kos pembinaan bernilai RM5 juta ini nyata menjadi tumpuan puluhan orang pengunjung ketika waktu lewat petang pada setiap hari.

Rata-rata para pengunjung membanjiri kawasan Taman Panorama Benak untuk menyaksikan fenomena Benak yang sering menyusuri Sungai Batang Lupar Sri Aman di situ pada waktu yang dinyatakan.

Tinjauan Utusan Sarawak kelmarin mendapati bahawa para pengunjung gemar menjadikan Taman Panorama Benak sebagai lokasi untuk mereka dan keluarga bagi meluangkan masa lapang.

Malahan terdapat di antara para pengunjung ini yang menjadikan Taman Panorama Benak sebagai lokasi untuk mengambil gambar fenomena Benak yang menyusuri sungai terbabit untuk tujuan koleksi gambar peribadi.

Seorang pengunjung, Louis King, 18, berkata kedudukan Taman Panorama Benak yang strategik menyebabkan beliau bersama rakan-rakan gemar bertandang ke lokasi terbabit pada petang hari Jumaat dan Sabtu.

“Paling menarik sekali ialah Taman Panorama Benak disambungkan menerusi laluan pejalan kaki yang menuju ke lokasi Taman Tebingan Sungai Batang Lupar Sri Aman.

“Landskap di sini amat menyenangkan. Justeru jika ada waktu terluang saya akan membawa isteri saya berkunjung ke Taman Panorama Benak sebaik sahaja waktu cuti umum iaitu hari Jumaat dan Sabtu,” katanya.

Sementara itu Osun, 20, menganggap Taman Panorama Benak Sri Aman adalah merupakan lokasi pelancongan jangka panjang bagi kawasan Bandar Sri Aman pada masa akan datang.

Katanya Taman Panorama Benak yang sedia ada sekarang dianggap terbaik dari segi kemudahan yang ditawarkan seperti bilik sidang dan sekaligus menjadikan ia sebagai tumpuan untuk pusat pelancongan penting selepas ini.

Tamat.

Kerana eksyen, kereta lantak kereta orang

SRI AMAN, Jumaat (22 April) – Disebabkan terlalu ghairah , sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandu oleh seorang remaja perempuan dan rakannya telah melanggar bahagian belakang kenderaan lain menerusi kejadian yang berlaku di sini malam kelmarin.

Sebelum berlakunya kata sumber, remaja perempuan terbabit telah memandu kenderaan pacuan empat roda secara tidak sopan di hadapan para pelanggan sebuah restoran dalam bandar ini.

Sebaik sahaja parkir di kawasan terlarang sebelah restoran tersebut, perempuan terbabit yang tiba bersama rakan-rakannya kemudian meluangkan masa untuk bersembang di restoran itu sebelum berangkat pulang.

“Remaja perempuan itu kemudiannya cuba mengundurkan kenderaan untuk keluar dari kawasan parkir tanpa menyedari bahawa sebuah kenderaan Toyota Camry parkir dalam jarak dua meter dari arah belakang kenderaan beliau.

“Disebabkan terlalu berlagak ketika mengundur kenderaannya dengan laju, bahagian belakang kanan kenderaan Toyota Camry itu telah dilanggar oleh kenderaan itu hingga meninggalkan kesan remuk yang dalam,” kata sumber.

Pemilik Toyota Camry yang kebetulan sedang makan di restoran berkenaan akhirnya meradang dan bertindak menemui remaja perempuan terbabit sehingga timbul pertelingkahan kecil antara kedua-dua pihak tersebut.

“Sangat dikesalkan di sini ialah remaja perempuan itu seperti tidak mahu mengaku bersalah sehinggalah pemilik Toyota Camry itu bertindak mahu meminta lesen memandu miliknya.

“Ia membuktikan bahawa remaja perempuan itu tidak mempunyai lesen memandu. Atas sifat belas kasihan, pemilik Toyota Camry itu akhirnya bersetuju untuk menyelesaikan perkara secara dalaman terbabit tanpa membuat laporan polis,” kata sumber.

Sumber turut memberitahu bahawa kenderaan pacuan empat roda yang diguna oleh remaja perempuan itu sebenarnya merupakan milik bapa beliau yang baru dibeli pada minggu lepas.

Tamat.

21 April, 2011

Kemalangan maut di Skrang: Dua mati on the spot, seorang mati di Hospital Sri Aman




MALANG...Orang ramai sedang membantu pihak polis mengusung mayat mangsa yang terbunuh dalam kejadian tersebut.

TERUK...Dua orang penumpang kenderaan Epsum (kiri sekali) terbunuh setelah kenderaannya bertembung dengan Avanza pada kejadian itu.

ENGKILILI, Khamis (21 April) – Dua orang lelaki dari kawasan Beladin, Betong maut dalam kejadian kemalangan jalan raya yang berlaku berdekatan dengan kawasan Gereja RC, Skim Skrang, Engkilili sekitar jam 11.15 pagi hari ini.

Mangsa yang terbunuh dalam kejadian kemalangan maut ini adalah ialah Hassan bin Alli, 50, dan Sapuan bin Jamal, 22, tahun kedua-duanya dari Beladin.

Sumber memberitahu, Hassan bersama rakan, Sulaiman bin Dahan, 46, telah bergerak dari Betong dengan menggunakan kereta Toyota Epsum menuju ke Engkilili untuk mengambil Sapuan yang mengalami kemalangan jalan raya di situ sebelumnya.

Ketika dalam perjalanan pulang semula ke Betong, kenderaan yang dipandu oleh Sulaiman dipercayai memasuki lorong kanan jalan lalu bertembung dengan kenderaan Toyota Avanza yang datang dari Saratok.

Pertembungan antara kedua-dua kenderaan ini menyebabkan Hassan dan Sapuan mati serta merta di tempat kejadian manakala Sulaiman pula hanya mengalami kecederaan ringan.

Manakala itu pemandu kenderaan Avanza iaitu Kho Kang Phen, 55, telah dirujuk ke Hospital Umum Sarawak kerana kecederaan kritikal manakala penumpangnya Lai Lian Kee, 48, dilaporkan masih berada keadaan tenat di Hospital Bahagian Sri Aman akibat kecederaan parah yang dialaminya sehingga berita ini ditulis (5.13 petang).

Seorang lagi penumpang kenderaan Avanza berkenaan iaitu Kho Ai Kiam, 49, pula dirujuk ke Hospital Betong manakala Sulaiman dibenarkan keluar dari Hospital Betong selepas disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Pihak ambulans dari Hospital Bahagian Betong tiba di tempat kejadian pada jam 11.35 pagi manakala pasukan bomba pula tiba di situ pada jam 11.50 pagi untuk mengeluarkan mangsa kemalangan dari kenderaan mereka.

Sebuah proton Aerobik juga turut terlibat dalam kejadian kemalangan berkenaan ketika berlakunya pertembungan antara Avanza dan Epsum di situ.

Tamat.


U /P : Lai Lian Kee meninggal dunia di Hospital Bahagian Sri Aman selepas jam 6 petang.

Lima kawasan NCR di Betong sudah disukat - Peggy



Caption: SERIUS...Peggy sedang menyampaikan ucapannya ketika berlangsungnya majlis dialoq berkenaan.


Abang Hipeni Abang Assim

JTS Betong


BETONG, Khamis (21 April) – Lima buah kawasan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dalam Bahagian Betong yang telah pun diukur oleh pihak Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Bahagian Betong menerusi Inisiatif Baru NCR.

Penguasa JTS Bahagian Betong, Peggy Ronin Edin, berkata lima buah kawasan tersebut adalah Entebu / Selambong / Bajau di Saratok, Sungai Ensuri di Beladin, Tanjung Sebekut di Spaoh, Kampung Manggut juga di Spaoh dan kawasan Penghulu Godwin Jawie di Rimbas, Debak.

“Dua dari lima kawasan terbabit iaitu Entebu / Selambong/ Bajau di Saratok dan Sungai Ensuri di Beladin telah pun diwartakan sebagai Rezab Gunasama Bumiputera dibawah seksyen 6 Kanun Tanah Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Dialog Lapangan bagi pengukuran tanah di bawah Inisiatif Baru NCR untuk kawasan Penghulu Sela anak Entalang di Dewan Sekolah Kebangsaan Saint John, Nanga Tiga, Betong baru-baru ini.

Selain itu pengambilan balik tanah rakyat kata Peggy tidak dapat dielakkan bagi memberi laluan kepada projek-projek pembangunan demi kepentingan dan kebajikan mereka semua.

Kanun Tanah Negeri (Bab 81) jelas beliau telah mengariskan peruntukan undang-undang yang jelas dan mencukupi bagi menangani hal-hal berkaitan tanah termasuk menghormati dan melindungi hak-hak pemilik tanah NCR yang terbabit dalam perkara pengambilan balik tanah.


Realitinya Kerajaan Negeri melalui JTS akan terus melaksanakan kerja-kerja pengukuran tanah NCR dan mengeluarkan surat hak milik tanah mengikut Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri semenjak dari dahulu hingga sekarang.

“Bagaimanapun menerusi inisiatif baru sejak bulan Julai lalu, Kerajaan Negeri dengan bantuan Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk meneruskan kerja pengukuran lebih meluas demi memastikan rakyat Bumiputera dalam kawasan pendalaman menikmati faedahnya dari masa ke semasa,” katanya.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Juru Ukur JTS Betong, Kudie anak Sandak, Pegawai Tanah JTS Betong, David Laeng, Penghulu Sela anak Entalang dan 200 orang rakyat di sini.

Tamat.