Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 March, 2011

William Lee juara dua kategori RC Touring sempena Karnival Belia DUN Lingga


Caption: KENANGAN...Para peserta Pertandingan RC Touring bergambar kenangan sebaik sahaja tamat pertandingan kelmarin.


SRI AMAN, Ahad (13 Mac) – Sambutan Karnival Mesra 1 Belia 1 Sarawak bagi peringkat DUN Lingga telah dimeriahkan lagi dengan Pertandingan RC Touring (Lumba Kereta Mainan) yang berlangsung di Padang Lama KPSU Sri Aman kelmarin.

Pertandingan RC Touring anjuran Pejabat Belia dan Sukan Sri Aman yang terbahagi kepada Kategori Battery 7.4 Volt 4 Wheel, Battery 7.4 Volt 2 Wheel dan RC Touring Gas itu mendapat 13 buah penyertaan daripada penduduk di sini.

Pertandingan RC Touring bagi Kategori Battery 7.4 Volt 4 Wheel ini menyaksikan William Lee muncul juara sambil diikuti oleh Mohd Rifia Mohd Sharif dan Rooney Joe Akang yang memperoleh kedudukan naib juara dan tempat ketiga dalam kategori itu.

Kemenangan ini membolehkan Lee membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM200 dan piala kejuaraan manakala Rifia serta Joe pula masing-masing membawa hadiah wang tunai bernilai RM150 dan RM50 bersama piala untuk setiap seorang.

Bagaimanapun tuah sekali lagi menyebelahi Lee apabila muncul sebagai juara bagi Kategori Battery 7.4 Volt 2 Wheel yang membolehkan beliau membawa pulang wang tunai bernilai RM200 dan piala.

Manakala itu pula Abdul Muazin Latem menewaskan Rooney Joe Akang untuk meraih kedudukan naib juara bagi Pertandingan RC Touring bagi Kategori Battery 7.4 Volt 2 Wheel terbabit.

Kedua-dua mereka juga meraih hadiah wang tunai bernilai RM150 (naib juara) dan RM50 (tempat ketiga) bersama piala untuk setiap seorang pada pertandingan untuk kategori terbabit.

Pertandingan RC Touring Gas pula menyaksikan Mohd Rifia Mohd Sharif meraih kejuaraan sambil diikuti oleh Rooney Joe Akang dan Reza Nalang yang meraih kedudukan naib juara dan tempat ketiga.

Terdahulu kesemua peserta telah berentap dalam ketiga-tiga kategori pertandingan berkenaan bermula dari jam 12.30 tengahari hingga jam 3.30 petang kelmarin.

Tamat.

No comments:

Post a Comment