Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

25 March, 2011

Tolong kerjasama dengan polis jaga keamanan







Caption: SELAMAT HARI POLIS...Jusoh (tengah) sambil diapit oleh Harden, Rahman dan Wahbi serta tetamu jemputan khas yang lain ketika berlangsungnya majlis itu.


SRI AMAN, Jumaat (25 Mac) – Ketua kaum diseru agar mempertingkatkan lagi hubungan kerjasama mereka terhadap pihak polis dan jabatan kerajaan demi membolehkan tahap keamanan dan keselamatan di sekitar daerah ini kekal sepanjang masa.

Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis berkata ketua kaum perlu aktif memandangkan tahap keselamatan di kawasan masing-masing tidak boleh dikawal tanpa bantuan daripada pihak polis dan jabatan kerajaan.

“Ketua kaum termasuk para penghulu, kanselor dan tuai rumah perlu duduk bersama dan merancang apa jua bentuk tindakan untuk mencegah aktiviti jenayah di kawasan masing-masing dengan bantuan kerjasama daripada pihak polis dan jabatan kerajaan yang lain,” katanya.

Selain itu katanya, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di sekitar daerah ini perlulah memainkan peranan masing-masing dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa pemantau keselamatan yang mengabungkan mereka terhadap lain-lain rumah panjang.

Melalui pengabungan bersama ini, Harden menjelaskan bahawa tugas untuk memantau tahap keselamatan di kawasan masing-masing akan menjadi lebih mudah dan efektif ditambahi lagi dengan bantuan pihak polis.

“Justeru saya berharap agar ketua kaum lebih serius untuk membantu kerajaan untuk membenteras kegiatan jenayah di kawasan Sri Aman demi menjaga keselamatan serta kesejahteraan rakyat selepas ini,” katanya.

Terdahulu Harden yang juga penyandang Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang telah menghadiri Upacara Peringatan Hari Polis Ke-204 bertempat di Padang Kawad, Ibupejabat Polis Daerah Sri Aman hari ini.

Hadir sama ialah penyandang kerusi DUN Saribas, Dr Haji Wahbi Junaidi, Residen Bahagian Sri Aman, Abdul Rahman Sebli Sanusi, Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Mat Jusoh Muhammad, Temenggung Kanang anak Langkau, Temenggong Tan Chong Meng, para pegawai kerajaan, wakil syarikat swasta dan anggota polis IPD Sri Aman.

Jusoh pada majlis itu telah menyempurnakan upacara pemeriksaan kawad polis sebelum menyampaikan sijil penghargaan kepada 37 orang anggota dan 17 orang kakitangan awam IPD Sri Aman.

Tamat.

No comments:

Post a Comment