Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

27 March, 2011

Terus sokong kerajaan BN - Harden


Caption: MESRA...Harden (tengah) ketika bersama Samuel (kiri) dan Ringgit (kanan) sebaik sahaja tamat program perasmian Gawai Burung berkenaan.


SRI AMAN, Ahad (27 Mac) - Penduduk di kawasan luar bandar dinasihat agar sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bagi terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) Sarawak dalam usaha mereka untuk memajukan negeri ini.

Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis berkata sokongan itu amat penting untuk memastikan segala perlaksanaan projek pembangunan oleh kerajaan BN berjalan dengan lancar untuk sepanjang masa.

“Kerajaan BN sentiasa berusaha untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan yang mampu mendatangkan faedah kepada penduduk kawasan luar bandar termasuk membangunkan kawasan tanah, pembinaan kemudahan infrastruktur, pengenalan projek pertanian dan pelbagai lagi.

“Namun untuk merealisasikan kejayaan sesebuah perlaksanaan projek pembangunan terbabit, penduduk tempatan haruslah memberikan sokongan tidak berbelah bagi mereka terhadap pihak kerajaan negeri,” katanya.

Beliau yang juga penyandang Kerusi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Gawai Burung anjuran Persatuan Ketua Masyarakat Iban Bahagian Sri Aman di Rumah Ringgit Bayang, Ibol, Undop, Sri Aman malam tadi.

Selain itu kata Harden, para penduduk dari kawasan luar bandar juga perlu memahami serta mengetahui segala faedah pembangunan yang bakal diperolehi oleh diri mereka sendiri.

Justeru, Harden berharap para penduduk termasuk mereka yang menetap di kawasan luar bandar memberikan sokongan tidak berbelah bagi terhadap kerajaan pimpinan BN Sarawak pada pilihan raya negeri kelak.

Hadir sama ialah isteri beliau iaitu, Datin Simba Nalang, Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, Ahli Dewan Negara, Senator Dorris Sopia Brodi, Residen Sri Aman, Abdul Rahman Sebli bin Sanusi dan Pengerusi Persatuan Ketua Masyarakat Iban Bahagian Sri Aman, Pemanca Samuel Lawen.
Harden pada program itu mengumumkan peruntukan bernilai RM10,000 kepada Persatuan Ketua Masyarakat Iban Bahagian Sri Aman dan RM5,000 kepada JKKK Rumah Ibol Bayang, Ibol.

Tamat.....

 

1 comment:

  1. Permintaan penduduk kampung mawang ai dan sekitarnyer. penduduk kawasan luar bandar termasuk membangunkan kawasan tanah, pembinaan kemudahan infrastruktur api dan air, pengenalan projek pertanian sendiri di atas tanah lot sendiri yang berdataftar dengan lambaga hasil dalam negeri dan industri pelbagai lagi.harus di pertimbangkan memandangkan projek tersebut satupun belum ade lagi di laksanakan,kami sebagai rakyat ,rasa terpinggir di arus pembanggunan semasa,..sila ambil perhatian,.

    ReplyDelete