Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

25 March, 2011

Terpulang kepada pucuk pimpinan parti sama ada saya stand or not- Wahbi

Mugshot: DR HAJI WAHBI JUNAIDI


SRI AMAN, Jumaat (25 Mac) – Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Saribas, Dr Haji Wahbi Junaidi berkata terpulang kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan sama ada beliau harus bertanding mempertahankan semula kawasannya pada Pilihan Raya Negeri DUN Sarawak Ke-10 pada 16 April depan.

Terdahulu Wahbi pada 18 Mac lepas telah menyatakan hasratnya untuk tidak mahu bertanding bagi mempertahankan kerusi DUN Saribas yang disandang olehnya semenjak dari tahun 1991 lepas pada pilihan raya negeri ini nanti.

Tindakan beliau mendapat maklum balas daripada 21 orang ketua kaum dan ahli cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.30 Saribas yang mempersoalkan tindakannya itu menerusi sesi perjumpaan ahli ajk parti terbabit di sini pada 23 Mac lepas.

“Saya sebenarnya tidak ada kuasa untuk menghalang orang (ajk PBB Saribas) yang mahu membuat kenyataan menyokong saya agar bertanding semula pada pilihan raya negeri ke-10 pada 16 April depan.

“Itu hak mereka. Pencalonan semula saya untuk bertanding mempertahankan kerusi DUN Saribas pada pilihan raya negeri kelak hanya boleh ditentukan oleh pucuk pimpinan parti (Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau yang masih tetap menyokong BN jika tidak dicalonkan semula untuk bertanding pada pilihan raya negeri nanti mengucapkan terima kasih kepada rakyat kawasan DUN Saribas yang pernah menyokong beliau semenjak menyandang kerusi terbabit pada tahun 1991 lepas.

Katanya rakyat DUN Saribas perlu terus menyokong BN pada Pilihan Raya Negeri DUN Sarawak Ke-10 jika mahu pembangunan dalam kawasan mereka dilaksanakan dari masa ke semasa.

Nama calon baru untuk mempertahankan Kerusi DUN Saribas kini sedang hebat diwar-warkan oleh ramai pihak antaranya ialah Ketua Pergerakan Pemuda PBB Saribas, Ricky Mohammad Razi Sitam dan seorang guru iaitu Patrick Khamis.

Tamat.

No comments:

Post a Comment