Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 March, 2011

Terima kasih MDSA


Caption: SUDAH SIAP...Gambar menunjukkan kawasan longkang di belakang Restoran Makanan Laut Elison yang sedang dibaiki oleh pihak majlis pada empat minggu lepas.


SRI AMAN, Isnin (7 Mac) – Tindakan pihak Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) membaiki semula lengkokan parit di satu laluan hadapan bangunan lot 916, Jalan Hospital, akhirnya memberi keselesaan kepada penduduk di sini.

Pihak MDSA telah melakukan kerja mengubahsuai semula lengkokan parit di laluan tersebut pada empat minggu lepas setelah dipercayai bahawa ia menjadi masalah kepada pengguna kenderaan yang melalui kawasan tersebut pada setiap hari.

Seorang pengguna iaitu Nazree Nasaruddin memberitahu kereta yang telah diubahsuai menjadi lebih rendah adalah merupakan kenderaan paling bermasalah untuk melalui kawasan tersebut.

“Kereta rendah tidak digalak melalui kawasan tersebut sebelum ia diubahsuai dahulu memandangkan kedalaman lengkokan parit itu akan menghentak bahagian bawah kenderaan tersebut.

“Sekarang lengkokan parit tersebut sudah dibaiki. Maka semua kenderaan termasuk yang sudah diubahsuai dapat melalui kawasan ini dengan lebih mudah tanpa ada sebarang masalah,” katanya.

Tinjauan rambang Utusan Sarawak mendapati pihak majlis telah menaikkan semula aras besi longkang tersebut sebelum ia disimen kembali untuk keselesaan pengguna kenderaan yang melalui kawasan tersebut.

Tindakan pihak majlis dalam memperbaiki semula laluan tersebut sekaligus menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengguna kenderaan berhubung perkara itu semenjak tahun empat lepas.

Tamat.

No comments:

Post a Comment