Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 March, 2011

TBS Sri Aman adakan Program Ziarah di Stutong


Caption: MANFAATKAN...Shamshul (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Haji Nuli (kanan) ketika berlangsungnya program itu.


SRI AMAN, Sabtu (12 Mac) – Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) cawangan Sri Aman telah mengadakan Program Ziarah yang berlangsung di kediaman penduduk Islam, Kampung Stutong Sri Aman kelmarin.

Program ziarah yang turut mendapat kerjasama Pejabat Agama Islam Bahagian (PAIB) Sri Aman, HIKMAH Cawangan Sri Aman dan Urusetia Saudara Kita (USK) cawangan Klassen Sri Aman ini bertujuan untuk mengeratkan lagi ikatan persaudaraan sesama penduduk muslim di kawasan berkenaan.

“Program ini telah memberi suntikan baru untuk pihaknya bagi memantapkan lagi kegiatan ilmu dan kerohanian dikalangan ahli komuniti Islam dalam kawasan Klassen termasuk Batu Lintang dan Stutong.

“Justeru saya memohon pihak institusi Islam menghulurkan bantuan dalam usaha memulihara Dewan Serbaguna Klassen selepas ini,” kata Pengerusi USK Klassen iaitu Haji Nuli bin Abdullah ketika berucap pada majlis itu.

Sementaara itu Pengurus TBS cawangan Sri Aman iaitu Shamsul Bahri bin Manap telah menekankan kebaikan perlaksanaan Zakat Padi dan Waqaf di samping menjelaskan bentuk bantuan yang terdapat di TBS.

“Pihak TBS telah melantik seorang Amil Zakat Fitrah bagi memudahkan masyarakat di kawasan ini menunaikan bayaran Zakat Fitrah masing-masing mulai sekarang,” katanya ketika berucap ringkas pada majlis itu.

Terdahulu para tetamu dan hadirin yang hadir dalam Program Ziarah berkenaan telah dihidangkan dengan sejenis makanan tradisi buatan masyarakat Iban yang dipanggil sebagai ‘Pansuh’ (masakan dalam buluh).

Pihak TBS cawangan Sri Aman pada Program Ziarah berkenaan juga turut menghulurkan sumbangan berupa makanan asas, keperluan asas sekolah dan ibadah kepada penduduk Muslim Stutong.

Hadir sama ialah Penyelaras Unit Dakwah PAIB Sri Aman, Ustaz Ridzuandi bin Padil, Pengerusi HIKMAH Cawangan Sri Aman, Haji Bujang bin Shabli, Daie HIKMAH Bahagian Sri Aman,Ustaz Sodikin bin Mohri dan Ustaz Ridzuandi bin Padil adalah selaku pengerusi program tersebut.

Tamat.

No comments:

Post a Comment