Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 March, 2011

Tabung Baitulmal Sarawak adakan taklimat khas zakat, waqaf dan bantuan


Caption: MANFAATKAN...Shamshul (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Abas (kanan) ketika berlangsungnya majlis berkenaan.

SPAOH, Jumaat (4 Mac) – Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Sri Aman telah mengadakan taklimat khas berhubung Zakat, Bantuan dan Waqaf kepada penduduk kampung Blok 5-A bertempat di Surau Darul Ibadah Spaoh kelmarin.

Jurucakap penganjur ketika ditemui memberitahu taklimat khas oleh TBS ini membolehkan penduduk Spaoh mendapat kefahaman dan pengetahuan terperinci mengenai ketiga-tiga perkara berkenaan selepas ini.

“Pengurus TBS cawangan Sri Aman, Shamsul Bahri Manap memulakan sesi taklimat khas dengan memberi penerangan secara umum tentang Zakat Tanaman (Padi), Bantuan Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Bantuan Perubatan, Bantuan Kelengkapan Asas Masjid Surau dan Pengurusan Waqaf.

“Ketiga-tiga aspek kandungan taklimat khas terbabit iaitu Zakat, Bantuan dan Waqaf kemudiannya dijelaskan secara terperinci oleh Eksekutif Cawangan TBS Sri Aman iaitu Ustaz Zulhazmi bin Bohari,” katanya.

Kepentingan mengenai perkara yang disentuh oleh Zulhazmi kata jurucakap terbabit mempunyai hubungkait dengan penduduk sekitar kawasan Saribas yang sejak turun temurun telah bergiat dalam bidang penanaman padi sebagai sumber pendapatan.

Justeru beliau menyarankan agar hasil mahsul padi yang diperolehi hendaklah dizakatkan supaya keberkatan dapat diraih secara bersama sekiranya syarat-syarat Wajib Zakat Tanaman Padi dipenuhi.

Sementara itu Shamsul pula bercadang untuk mengadakan sebuah taklimat berhubung Zakat, Agihan dan Waqaf yang melibatkan seluruh warga penduduk Spaoh dalam tempoh yang akan ditetapkan kelak.

Taklimat khas oleh pihak TBS tersebut turut dihadiri oleh Ketua Kaum merangkap Pengerusi Surau Darul Ibadah Kampung Hulu Blok 5-A Spaoh iaitu Abas bin Di, para ahli jawatankuasa surau dan penduduk di situ.

Majlis penutupan taklimat khas TBS di Surau Darul Ibadah Spaoh juga diselitkan dengan penyampaian sumbangan TBS Sri Aman berupa Bantuan Kelengkapan Asas Surau kepada Surau Darul Ibadah Blok 5-A, Spaoh.

Tamat.

No comments:

Post a Comment