Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

02 March, 2011

Sri Aman juga bakal terima limpahan SCORE kata Harden


Caption: PENGHARGAAN...Harden (kanan) menerima cenderamata daripada Sanusi (kiri) ketika berlangsungnya program berkenaan sambil disaksikan oleh


SRI AMAN, Isnin (28 Feb) – Projek Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE) sebenarnya bakal menguntungkan penduduk dari luar kawasan wilayah perlaksanaan projek terbabit pada masa akan datang kata Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis.

Ini kerana perlaksanaan SCORE kata beliau akan menjadikan Sarawak sebagai salah sebuah kawasan yang mempunyai daya tarikan modal yang tertinggi di dunia yang dengan nilai mencecah RM30 bilion apabila projek ini dilaksanakan nanti.

“Perlaksanaan SCORE meliputi kawasan seluas 60,000 kilometer persegi iaitu kira-kira satu pertiga dari keluasan negeri Sarawak. Namun begitu perlaksanaan projek ini bakal memberi impak dari segi pembangunan ekonomi dan infrastruktur terhadap penduduk dari luar kawasan wilayah SCORE.

“Ia termasuk fokus untuk membangunkan hidup penduduk secara berpusat, pembinaan rangkaian jalan raya persisiran pantai, penyediaan sebanyak 240,000 peluang kerja untuk penduduk dari luar wilayah projek SCORE dan banyak lagi,” katanya sambil menambah Sarawak akan muncul sebagai negeri terkaya dalam Malaysia menjelang tahun 2030.

Dengan adanya SCORE, kerajaan kata Harden juga akan dapat membangunkan beberapa kawasan bandar utama dengan mengekplotasi potensi ekonomi masing-masing seperti Kuching, Miri (petroleum), Sri Aman (Sawit) dan Sibu (hutan paya) serta beberapa kawasan lain.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Program Senada Sejiwa peringkat Bahagain Sri Aman 2011 bertempat di Padang Lama KPSU Sri Aman petang kelmarin.

Selain itu Sarawak juga kata Harden dijangka mampu menjana hasil pendapatan sebanyak RM5 bilion setahun hasil dari perlaksanaan projek penanaman sawit di atas tanah berkeluasan satu juta hektar dalam negeri ini hasil perlaksanaan projek SCORE kelak

“Untuk maju, Sarawak tidak boleh hanya bergantung kepada industri pertanian. Kita sebaliknya turut bergantung industri yang dilaksana dalam projek SCORE ini dengan adanya juga penyaluran tenaga elektrik berkapisiti 28,000 megawat menjelang tahun 2030 kelak.

“Sebab itulah impak perlaksanaan SCORE memberi impak pembangunan terhadap penduduk dalam negeri Sarawak menjelang tahun 2030. Kita mempunyai daya tarikan modal tertinggi dunia bernilai RM30 bilion menerusi sumber tenaga dan industri yang kita tawar kepada pelabur luar selepas ini,” katanya.

Justeru beliau mahu semua penduduk untuk menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi memastikan perlaksanaan SCORE memberi keuntungan kepada diri mereka dan anak cucu pada masa akan datang.

Hadir sama ialah Pengarah Unit Pemantauan Perlaksanaan Negeri Sarawak, Dr Razali Abon, penolongnya Charles Siaw, Residen Sri Aman, Abdul Rahman Sebil Sanusi, timbalannya Felicia Tan dan Desmond Douglas Jerukan, para ketua jabatan dan penduduk di sini.

Tamat.

1 comment:

  1. pambangunan asas penduduk harus di utamakan api air dan letrik adelah perlu untuk penduduk di kawasan kampung-kampung sehingga sekarang belum ade lagi bekalan api dan letrik sarawak dah merdeka 50 tahun . air dan api belum ade,sudah masuk tiga genarasi sekarang ini pun belum ade lagi bekalan tersebut di sediakan,.lagi nak buat projek besar.yang hanya bagai mimpi negri sahaja buat penduduk disana,.tolong pantau dan lihat dengan mata kepala sendiri,apa yang ade di bangunkan disana,.kemudahan asas pun belum ada lagi,.penduduk kampung mawang simunjan,jalan simpang punda.sekian runguttan penduduk kampung.

    ReplyDelete