Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

22 March, 2011

SPR Bukit Begunan bersedia!



Caption: SERIUS...Ketua pegawai, Michael John bersama pasukannya sedang menjalani latihan sambil dibantu oleh Che Wan Muhammed Salleh, Pegawai Pilihan Raya Negeri Melaka kelmarin.

Pix n fact by Desmond Douglas Jerukan

www.nadai.apa.nama.com

SRI AMAN, Selasa (22 Mac) – Suruhanjaya Pilihan Raya bagi N.26 Bukit Begunan telah mengadakan latihan terhadap pekerja pilihan raya yang bakal dilantik untuk tujuan itu bersempena dengan Pilihan Raya Negeri DUN Sarawak Ke-10 kelak.

Jurucakap penganjur memberitahu latihan yang berlangsung dari 21 hingga 22 Mac di Majlis Daerah Sri Aman itu melibatkan seramai 170 orang pekerja yang terdiri daripada pengurus, penolong pegawai pengurus, ketua tempat mengundi, kerani mengundi / mengira undi dan petugas pilihan raya yang lain.

“Setelah Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan kelmarin (21 Mac), pihak SPR segera bertindak mengadakan latihan untuk menghadapi proses pembuangan undi bagi kawasan DUN Bukit Begunan.

“Latihan direka untuk membolehkan kesemua pegawai yang bakal dilantik kelak dapat membantu melicinkan lagi proses pilihan raya bagi kawasan DUN Bukit Begunan selepas ini,” menurut beliau.

Selain itu latihan ini katanya juga bertujuan untuk mengemaskini maklumat tentang undang-undang, akta dan peraturan mengenai pilihan raya negeri ini nanti dikalangan bakal pekerja.

Malah latihan ini juga secara tidak langsung akan membolehkan petugas baru untuk sentiasa bersiap sedia menangani kerenah para penduduk yang mahu membuang undi pada pilihan raya itu nanti.

“Bagi menjayakan latihan itu pihak SPR telah mengadakan sesi ceramah terhadap bakal pekerja disamping mendedahkan kepada mereka tentang gambar kajian kes bagi pilihan raya kecil sebelum ini.

“Justeru diharap agar latihan ini dapat menyumbang kepada kelancaran proses pembuangan undi bagi DUN Bukit Begunan ketika berlangsung pilihan raya negeri DUN Sarawak Ke-10 kelak,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment