Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

24 March, 2011

SMK Simanggang cemerlang SPM 2010




Caption: TAHNIAH...Penolong Kanan I SMK Simanggang, Engkamat Slapok (lima kanan) bergambar kenangan bersama pelajar yang memperoleh keputusan 6A ke atas bagi SPM 2010.


SRI AMAN, Rabu (23Mac) – Seramai 13 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simanggang memperoleh gred 6A ke atas menerusi bagi keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan serentak di seluruh negara pada hari ini.

Mereka adalah Chong Lihseng (11A), Jong Shi Jie (10A), Wong Li Jing (10A 1B), Kueh Fang Ting (9A 1B), Wong Ming Hui (9A 1B), Dellas Chan (9A 1C), Nur Khairin Bujang (8A 1B), Tay Guan Chuan (6A 4B), Kenneth Lai (6A 4B 1C), Chin Su Hua (6A 3B 1C), Celestina Tan (6A 2B 1C), Law Kuit Yit (6A 2B 2C) dan Siti Norshasimah Shairi (6A 1 B 1D).

Gred Purata Sekolah (GPS) bagi SMK Simanggang itu juga meningkat dari 5.84 bagi keputusan peperiksaan SPM 2009 kepada 5.22 bagi keputusan peperiksaan SPM 2010 dengan peningkatan sebanyak 0.62 peratus.

Manakala peratus kelulusan penuh pelajar bagi keputusan peperiksaan SPM 2010 SMK Simanggang menunjukkan peningkatan iaitu 90.59 peratus bagi kali ini berbanding 85.71 peratus bagi keputusan SPM 2009.

Sementara itu di SMK Saint Luke Sri Aman pula seramai lapan orang pelajar berjaya memperoleh gred 6A ke atas bagi keputusan peperiksaan SPM 2010 yang diumumkan pada hari ini.

Mereka adalah Tay Joo Fang (11 A), Chua Bppn Keen (10 A), Lai Shient Chen (9A 1B), Then Yi Shan (7A 3B), Lau Fang Fang (9A 2B), Luk Tze Ai (7A 2B 1C) dan Glucia Bina anak Dyalie (6A 2B 1D 1E).

Bagi SMK Sri Aman pula seramai empat orang pelajar mereka memperoleh keputusan gred 5A untuk keputusan peperiksaan SPM 2010 ke atas antaranya ialah Mas Fairidzwan bin Mas Rosli (8A), Muhammad Najib bin Abdullah (7A), Ezra Sungki anak Paul (6A) dan Chang Hui Chien (5A).

Dengan memperoleh GPS 6.26 bagi keputusan peperiksaan SPM 2010, SMK Sri Aman telah mencatatkan sejumlah 95.06 peratus kelulusan penuh berbanding 94.68 peratus untuk keputusan SPM 2009.

Tamat.

No comments:

Post a Comment