Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

02 March, 2011

SMK Simanggang anjur Kejohanan Balapan Ke-41




Caption:

1. KAMI JUARA! Kontinjen Rumah Rentap bergambar kenangan setelah muncul juara Kejohanan Balapan dan Padang kali Ke-41 SMK Simanggang pada 26 Februari lepas.

2. TAHNIAH...Pengurus kontinjen Rumah Rentap, Alhias Muhi menerima cenderamata daripada Mussen sebaik sahaja kontinjennya muncul juara bagi pertandingan itu.

- 1 Mac

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simanggang telah menganjurkan Kejohanan Balapan dan Padang kali Ke-41 bermula 25 hingga 26 Februari lepas bertempat di Kompleks Sukan, Sri Aman.

Sebanyak empat buah rumah sukan telah mengambil bahagian bagi merebut kejuaraan dalam kejohanan balapan berkenaan antaranya ialah Rumah Mat Kilau, Rumah Rosli Dhoby, Rumah Rentap dan Rumah Maharajalela.

“Kejohanan ini merupakan salah satu aktiviti sempena sambutan Jubli Emas SMK Simanggang pada tahun ini. Penangguhan rasmi kejohanan tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai iaitu Malcom Mussen Lamoh,” menurut kenyataan berita yang kirim oleh pihak sekolah berkenaan hari ini.

Mussen yang merupakan bekas pelajar SMK Simanggang ketika berucap merasmikan majlis itu katanya menegaskan tentang kepentingan bersukan selain daripada bidang akademik.

Beliau menyeru para atlit amnya dan para pelajar khasnya agar sentiasa berusaha dan membuat persediaan yang rapi untuk mencapai sesuatu kejayaan ketika menuntut di bangku sekolah.

“Semangat juang para atlit harus menjadi inspirasi kepada setiap warga SMK Simanggang dalam merealisasikan visi dan misi sekolah,” katanya lalu mengumumkan peruntukan bernilai RM5000 kepada PIBG SMK Simanggang.

Turut hadir semasa penangguhan rasmi ialah En. Julian Baja, wakil PIBG SMK Simanggang dan En. Mohd. Yusuf Lugom, wakil PPD Sri Aman.

Terdahulu kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu menyaksikan kontinjen Rumah Rentap muncul sebagai juara keseluruhan bagi Kejohanan Balapan dan Padang kali Ke-41 SMK Simanggang.

Gelaran Olahragawan telah disandang oleh Farid Mohd Azmi dari Kontinjen Rumah Maharajalela manakala gelaran olahragawati pula disandang oleh Christina Linkong dari Rumah Rentap.

Sebanyak 145 acara bagi lapan kategori telah dipertandingkan dalam kejohanan selama dua hari tersebut.

Tamat.

No comments:

Post a Comment