Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 March, 2011

Skuad Bujang Senang B juara Pertandingan Tarik Tali Karnival Mesra Belia DUN Lingga



Captiobn:  KAMI JUARA!!! Gambar menunjukkan skuad Bujang Senang B yang berjaya memperoleh juara dalam Pertandingan Tarik Tali Karnival Mesra 1 Belia 1 Sarawak DUN Lingga pada hari Sabtu lepas.
 
SRI AMAN, Isnin (13 Mac) -  Tuah menyebelahi skuad Bujang Senang B apabila dinobatkan sebagai juara kategori lelaki bagi Pertandingan Tarik Tali bersempena dengan Karnival Mesra 1 Belia 1 Sarawak DUN Lingga yang berlangsung di Padang Lama KPSU pada hari Sabtu lepas.
 
Skuad pimpinan Abdul Gapar Anis itu muncul juara setelah berjaya menundukkan saingan skuad Kabong dalam perlawanan akhir yang disaksikan lebih daripada 100 orang penyokong di padang itu.
 
Dengan kemenangan terbabit maka skuad Bujang Senang B dari Sri Aman ini telah berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM300 beserta dengan piala iringan.
 
Manakala skuad Kabong SE yang menduduki tempat kedua dalam Pertandingan Tarik Tali bersempena dengan Karnival Mesra 1 Belia 1 Sarawak DUN Lingga ini membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM200 dan piala iringan.
 
Skuad After 6 pula muncul pemenang tempat ketiga dan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100 serta piala setelah menumpaskan skuad Kelab Gimnasium Rakyat Sri Aman yang memperoleh kedudukan tempat keempat dalam pertandingan tersebut.
 
Sementara itu Pertandingan Tarik Tali bagi kategori wanita menyaksikan skuad Ladies In Black memperoleh kejuaraan bagi pertandingan tersebut sambil diikuti oleh Pasukan Semadi yang berada di kedudukan naib juara.
 
Majlis penyampaian hadiah kepada skuad yang memperoleh kedudukan juara hingga ketiga dalam pertandingan ini telah disempurnakan oleh Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman, Mohd Israk Haji Ismail.
 
Tamat...

No comments:

Post a Comment