Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

02 March, 2011

SK Nanga Klassen juara Kejohanan Balapan dan Padang bagi Sekolah – Sekolah Zon Undop 2011



Caption: JUARA! Kontinjen SK Nanga Klassen bergambar kenangan sebaik sahaja selesai kejohanan berkenaan.

- 28 Feb

Ibubapa berperanan penting dalam mengalakkan anak-anak untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan bagi menaikkan tahap disiplin dan prestasi akademik anak-anak di sekolah selepas ini.

Ini kerana aktiviti sukan menurut Ahli Dewan Negara, Senator Sophia Dorris Brody dapat menyumbang kepada tahap kecergasan tubuh badan dan otak anak masing-masing sepanjang masa.

“Selain daripada hobi, sukan dianggap sebagai salah satu bidang yang mendatangkan faedah memandangkan aktiviti seumpama itu mampu mempertingkatkan lagi daya kecergasan tubuh badan dan fungsi otak.

“Faktor kecergasan tubuh badan dan kelancaran fungsi otak ini seterusnya mampu memberikan kesan positif dari segi kecemerlangan akademik terutamanya terhadap anak-anak kita yang masih lagi menuntut di bangku sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan Balapan dan Padang bagi Sekolah – Sekolah Zon Undop yang berlangsung di Padang Kompleks Sukan KPSU Sri Aman baru-baru ini.

Selain itu Doris juga menegaskan bahawa kegiatan kokurikulum di sekolah amat penting bagi membentuk sahsiah murid disamping melahirkan para atlit yang berpotensi dan bersemangat waja pada masa akan datang.

Terdahulu Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Klassen muncul juara bagi Kejohanan Balapan dan Padang bagi Sekolah – Sekolah Zon Undop yang berlangsung di Padang Kompleks Sukan KPSU Sri Aman berkenaan.

Sejumlah tujuh buah sekolah kebangsaan telah menyertai kejohanan sukan ini yang buat pertama kalinya diadakan buat Zon Undop bagi memilih atlit dari Zon Undop untuk menyertai kejohanan sukan akan datang.

Tamat.

No comments:

Post a Comment