Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 March, 2011

Sertailah Persahabatan Erat Komuniti BLM - Nizam Zainuddin


Slug: Prosboc + pic 21.03.11

Caption: UNTUK ALBUM...Nizam (dua kanan sekali) bergambar kenangan bersama Sekratriat Hari Belia Negara dari Kuala Lumpur baru-baru ini.


SRI AMAN, Isnin (21 Mac) – Pemilik kereta Proton Saga BLM.SE dalam negeri ini dipelawa untuk menyertai Persahabatan Erat Komuniti BLM kata Ketua Prosboc Zon Sarawak iaitu Mohd Nizam Zainudin.

Katanya penyertaan pemilik kereta Proton Saga BLM.SE dalam Persahabatan Erat Komuniti BLM akan membolehkan mereka menyertai aktiviti sosial, amal kebajikan dan berkeluarga yang dirancang dalam komuniti itu.

“Selain itu kemasukan ahli baru dalam Persahabatan Erat Komuniti BLM akan membolehkan mereka membincangkan pelbagai jenis aktiviti untuk komuniti berkenaan bagi masa akan datang.

“Malah para ahli Prosbac juga boleh mengadakan pertemuan TT pada hujung minggu untuk mengadakan pelbagai perbincangan mengenai kenderaan masing-masing,” katanya sambil menambah bahawa Prosbac Zon Sarawak mempunyai ahli yang terdiri daripada penduduk kaum Melayu, Melanau, Bidayuh dan Iban.

Justeru mereka yang berminat katanya boleh menghubungi beliau sendiri menerusi talian 019-3978187 atau menghantar surat elektronik ke prosboc@gmail.com disamping melayari www.protonsagablm.com.my selepas ini.

Mereka juga boleh menghubungi wakil zon bahagian Sarawak masing-masing iaitu beliau untuk kawasan Sri Aman, Faizal di talian 013-8011700 untuk Kuching, Syah di talian 016-8875386 (Samarahan), Amir di talian 014-8858729 (Serian), Faizal di talian 014-8926817 (Kabong), Hajar di talian 019-5255211 (Sibu) dan Saiful Azril di talian 012-3555974 (Bintulu).

Terdahulu Prosboc Zon Sarawak telah menyertai Program Konvoi Jelajah Belia bersempena dengan Promosi Himpunan Sejuta Belia Negara 2011 Putrajaya PROSBOC pada 18 Mac lepas.

Tamat.

No comments:

Post a Comment