Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 March, 2011

Sempena Pertandingan Tarik Tali, Karnival Mesra 1 Belia 1 Sarawak DUN Lingga 12 - 13 Mac -> Team Gimnasium Rakyat sedia !

Isaac (baju hitam) : "Erm ada perkembangan..,"
Anggota 1 : "Oii tara tarik ka? makan tulang ka?"
Anggota 2 : "Dia tayang perut,"
Anggota 3 : "mfff[pphhh mfffphhh"
Anggota 4 : "Orang depan aku, tahi suda keluar,"

Isaac : "Hey, awak yang besar perut tu, kaki kangkang atas!"
Anggota 1 : "Adooo saya sudah kentut kentut ini tuan?"
Anggota 2: "Yalah manager, spon la kita aiskrim,"


Isaac : " Ermmm...,"
Semua anggota : "Oooo dewa karipap, kurniakanlah kami kekuatan,"

Caption: SEDIA!!! Ismail (duduk kanan), Isaac (kiri sekali) dan Yakob (tengah) ketika bersama ahli pasukan Gimnasium Rakyat Sri Aman sebaik sahaja selesai latihan tarik tali kelmarin.

- 5 mac

Juara Pertandingan Tarik Tali sempena Karnival Mesra 1 Belia 1 Sarawak peringkat DUN Bukit Begunan di Selepong sebelum ini iaitu Pasukan Kelab Gimnasium Rakyat Sri Aman menyatakan kesediaannya untuk merampas gelaran juara bagi pertandingan yang sama sempena Karnival Mesra 1 Belia 1 Sarawak peringkat DUN Lingga kelak.

Pertandingan Tarik Tali bersempena dengan sambutan Karnival Mesra 1 Belia 1 Sarawak peringkat DUN Lingga bakal berlangsung di Padang Lama KPSU Sri Aman bermula 12 hingga 13 Mac ini nanti.

Jurulatihnya iaitu Awang Ismail Awang Japar ketika ditemui memberitahu pasukan Kelab Gimnasium Rakyat Sri Aman telah menjalani latihan intensif untuk menghadapi pertandingan berkenaan semenjak tiga minggu lepas.

“Antara latihan yang telah kami jalani semenjak tiga minggu lepas adalah tarik bebanan seberat 700 kilogram, jogging dan latihan beban berat bertempat di pusat Gimnasium Rakyat Sri Aman.

“Dengan adanya latihan kami yakin bahawa pasukan Kelab Gimnasium Rakyat Sri Aman mempunyai persediaan yang secukupnya untuk menghadapi pasukan lawan pada pertandingan itu kelak,” katanya.

Sementara itu pengurus jurulatihnya, Isaac Stalin Simon ketika ditemui memberitahu pasukan Kelab Gimnasium Rakyat Sri Aman masih mengekalkan anggota yang sama bagi menghadapi pertandingan pada 12 Mac kelak.

Ia katanya bertujuan untuk mengekalkan ritma dan keseragaman antara ahli pasukan ketika berentap dengan mana-mana pasukan yang akan bertanding merebut kejuaraan pada pertandingan itu nanti.

“Yakob Zamahari telah diberi amanat untuk sebagai ketua pengurus pasukan. Justeru diharap agar semua ahli mengamalkan semangat berpasukan untuk merampas kejuaraan kali ke-2 pada pertandingan akan datang,” katanya.

Pasukan Kelab Gimnasium Rakyat Sri Aman masih menjalani latihan intensif di kawasan perkarangan luar pusat Kemudahan Gimnasium Rakyat Sri Aman sehingga sekarang.

Tamat.

1 comment:

  1. main getah baru best...
    ada daya tarikan...
    fungsi lbh kurang mcm pihak lawan...

    ReplyDelete