Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

19 March, 2011

Saya sudah bersedia - Rayong



Caption: TERIMA KASIH...Pengerusi majlis iaitu Kapitan Kuek Aik Seng (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Sim sambil disaksikan oleh Rayong (kiri sekali) dan Harden (dua kiri).


SRI AMAN, Sabtu (19 Mac) – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa menyatakan kesediaan untuk mempertahankan kawasannya pada pilihan raya negeri kelak.

Beliau juga tidak gentar untuk menghadapi calon lawan walaupun sudah diwarkan bahawa seramai tiga orang individu berhasrat untuk bertanding bagi merampas kerusi DUN Engkilili daripada Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) pada pilihan raya negeri ini.

“Semua orang mempunyai kebebasan untuk bertanding di sini (DUN Engkilili). Jika tiga orang individu yang anda maksudkan mahu bertanding di sini maka saya mengalu-alukan kehadiran mereka pada pilihan raya negeri kelak,” katanya.

Tiga orang individu yang diwar-warkan mahu bertanding di kawasan DUN Engkilili pada pilihan raya negeri ini kelak ialah Semijie Janting dari SNAP, Jimmy Simon Dimbab Maja dari Bebas dan Broodi Maong dari PKR.

Rayong berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Makan Malam sempena sambutan The Spring Festival Gala anjuran pihak SUPP cawangan Simanggang di Dewan Suarah Sri Aman malam tadi.

Tambah beliau rakyat dalam kawasan DUN Engkilili harus sedar bahawa hanya kerajaan yang diteraju oleh BN saja yang layak meneraju pembangunan hidup mereka dari masa ke semasa.

“Rakyat sudah maklum bahawa pembangunan pesat pada masa sekarang adalah disebabkan oleh sumbangan kerajaan BN yang telah mereka pilih menerusi proses pilihan raya negeri sebelum ini.

“Justeru saya meminta rakyat dalam kawasan DUN Engkilili untuk terus mempertahankan kerusi DUN Engkilili milik BN demi membolehkan pembangunan terus dilaksana selepas ini,” katanya.

Majlis ini dirasmikan oleh Setiausaha Agong SUPP, Senator Datuk Sim Kin Hui, Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis bersama isteri, Datin Simba Nalang, para barisan pemimpin SUPP dan pegawai kerajaan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment