Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 March, 2011

Ruth dilantik pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi RTM Sri Aman yang baru


Caption: MUKA BARU...Ruth (duduk dua kanan) bergambar kenangan bersama ahli jawatankuasa baru Kelab Sukan dan Rekreasi RTM Sri Aman kelmarin.


SRI AMAN, Jumaat (4 Mac) – Pemangku Ketua Bahagian Rancangan (KBR) RTM Sri Aman, Ruth Ampong dipilih sebagai Pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi RTM Sri Aman yang baru berkuatkuasa mulai kelmarin.

Beliau dipilih menjadi Pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi RTM Sri Aman yang baru ketika berlangsung sesi mesyuarat agong tahunan kelab yang berlangsung di Auditorium RTM Sri Aman berkenaan.


Sementara itu Rizauddyn bin Jaini pada sesi mesyuarat agong tahunan kelab berkenaan pula telah dilantik sebagai Naib Pengerusi untuk Kelab Sukan dan Rekreasi RTM Sri Aman.

Mesyuarat agong tahunan kelab terbabit juga turut menyaksikan Haji Hasaini Bujang dilantik sebagai Setiausaha Kehormat, Puan Faridah Nor sebagai Penolong Setiausaha Kehormat, Anie Spencer sebagai Bendahari Kehormat dan Tiong Ting Hung selaku Penolong Bendahari Kehormat.

Manakala Edwin Nanggah, Edwin Nanggah, Mohd Najib bin Mustapha, Mohd Iskandar bin Razali, Dayang Rafidah binti Abang Ahmad Masunie dan Mohd Fairus bin Jini pula dilantik sebagai ahli jawatankuasa kelab berkenaan.

Terdahulu Ruth menerusi ucapan ringkasnya pada mesyuarat agong berkenaan berharap agar Kelab Sukan dan Rekreasi RTM Sri Aman dapat mengadakan lebih banyak aktiviti bagi sepanjang tahun ini.


Ia termasuklah perancangan untuk menganjurkan pertandingan Battle of The Band bagi kawasan Sri Aman serta Pertandingan Memasak.

“Bagaimanapun kelab mahu merancang lebih banyak program yang akan dapat memberi sumber kewangan tanpa hanya bergantung kepada peruntukan kerajaan semata-mata,” katanya.

Justeru beliau berharap agar para ahli Kelab Sukan dan Rekreasi RTM Sri Aman dapat saling bekerjasama untuk menjayakan segala program yang bakal dianjurkan bagi sepanjang tahun 2011 kelak.

Tamat.

No comments:

Post a Comment