Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

17 March, 2011

Rumah wartawan kena pecah masuk

SRI AMAN, Khamis (17 Mac) – Rumah yang didiami oleh seorang wartawan akhbar tempatan Berbahasa Melayu bersama keluarganya telah dipecah masuk oleh pihak tidak bertanggungjawab menerusi kejadian yang dipercayai berlaku pada hari Isnin lepas.

Wartawan berkenaan ketika dihubungi memberitahu sebelum berlakunya kejadian beliau bersama keluarga telah pulang ke kampung halaman pada petang hari Ahad lepas sebelum pulang semula ke rumahnya pada hari Selasa.

“Kejadian pecah masuk ini telah disedari oleh saya dan keluarga apabila banyak barang di dalam rumah kami telah bersepah angkara perbuatan pihak tidak bertanggungjawab berkenaan.

“Siasatan rambang saya kemudiannya mendapati bahawa orang terbabit telah menceroboh ke rumah kami dengan merobek pintu dapur kediaman kami yang sememangnya tidak beberapa elok sebelum ini,”katanya.

Beliau seterusnya mensyaki bahawa penjenayah terbabit terdiri daripada golongan ‘budak nakal. kerana tiada barang di curi pada kejadian berkenaan.

Beberapa barang peribadi milik wartawan berkenaan termasuk komputer riba nyata tidak dicuri oleh golongan terbabit dalam kejadian itu termasuk juga set barangan kemas milik isteri beliau.

“Pakaian tidur isteri saya juga diuji pakai oleh mereka manakala alat penyaman udara kelihatan dipasang seolah-olah menunjukkan mereka telah bersantai di dalam rumah ini secara bersembunyi ketika kami tiada,” katanya.

Beliau yang tidak membuat laporan polis berhubung perkara ini akan membina pagar pintu besi di bahagian belakang dapur rumah demi mengelakkan perkara yang sama berulang selepas ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment