Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

24 March, 2011

RM800,000 MRP diagih kepada 97 buah pertubuhan


Caption: MANFAATKAN...Abah (kanan) menyampaikan cek MRP kepada Pegawai RELA Daerah Sri Aman, Leftenan Kolonel Bajuri Haji Adon (kiri) pada majlis itu.


SRI AMAN, Rabu (23 Mac) – Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat telah menyampaikan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) yang mencatatkan nilai keseluruhan berjumlah RM802,000 kepada 97 buah JKKK, pertubuhan, PIBG dan sekolah dalam kawasan parlimen beliau.

Kesemua cek peruntukan MRP berkenaan telah disampaikan oleh wakilnya merangkap Pembantu Khas kepada Ahli Parlimen Sri Aman iaitu Abah Unggie di Pejabat Parti Rakyat Sarawak (PRS) P.202 Sri Aman hari ini.

Abah ketika ditemui memberitahu kesemua cek MRP bernilai RM802,000 yang disampaikan kepada 97 buah penerima ini adalah merupakan pemberian untuk peringkat pertama dan kedua bagi tahun 2011.

“Yang Berhormat Masir Kujat mempunyai peruntukan MRP bernilai RM1.5 juta. Sebahagian daripada jumlah MRP ini telah peruntukan telah disampaikan kepada 97 penerima hari ini.

“Selebihnya baki peruntukan MRP milik beliau akan diagihkan kepada penerima seterusnya untuk kategori peringkat ketiga sekurang-kurangnya pada minggu depan,” katanya.

Justeru beliau berharap agar para penerima cek MRP bagi peringkat pertama dan kedua daripada Masir akan memanfaatkan sebaik mungkin peruntukan terbabit dari masa ke semasa.

Tamat.

No comments:

Post a Comment