Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

29 March, 2011

RM30 juta untuk Projek Tebatan Banjir Batang Layar Betong, Jabu

BETONG, Isnin (28 Mac) - Penduduk di sekitar Bandar Betong bakal menyaksikan satu bentuk perubahan pembangunan yang pesat dalam tempoh 12 tahun akan datang dengan perlaksanaan struktur pembangunan yang sistematik di bandar itu.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang berkata Bandar Betong telah memulakan struktur pembangunan yang sistematik sejak ia di-isytiharkan sebagai sebuah bahagian pentadbiran yang baru pada 2002.


”Semenjak dari itu segala program pembangunan telah dirancang rapi bermula dengan pembinaan sebuah kompleks kerajaan negeri yang melambangkan kesungguhan Bahagian Betong untuk mencapai pembangunan setaraf bahagian lain di Sarawak.


Ia turut diikuti dengan usaha membangunkan Bandar Baru Betong yang kini sedang giat dijalankan selain menyediakan kemudahan lain untuk penduduknya termasuklah perlaksanaan projek Tebatan Banjir Batang Layar,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Permodenan Pertanian berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Projek Tebatan Banjir Batang Layar, Betong bertempat Dewan Panglima Rentap Betong hari ini.

Selain itu usaha membangunkan Bandar Betong kata Jabu juga akan diteruskan dengan menyediakan lebih banyak kemudahan dan kelengkapan untuk rakyatnya dari masa ke semasa.

“Antaranya ialah usaha membina sebuah politeknik metro dan juga sebuah kolam renang yang bernilai RM5.5-juta.

“Projek Tebatan Banjir Batang Layar yang akan dibina dengan kos keseluruhan bernilai RM30 juta ini merangkumi beberapa komponen seperti pembinaan benteng, pintu kawalan air pasang surut, pembinaan pembentungan dan saliran serta landskapnya,” katanya.


Beliau turut menambah bahawa Projek Tebatan Banjir Batang Layar, Betong berkenaan bakal bermula pada bulan September tahun ini dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.

Hadir sama pada majlis berkenaan adalah Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Seri Douglas Uggah anak Embas dan Residen Bahagian Betong, Datu Romie Sigan Daniel dan pegawai kerajaan yang lain.

Tamat.

No comments:

Post a Comment