Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 March, 2011

RELA sebagai Mata, Telinga dan Mulut kerajaan - Masir


Caption: TAHNIAH...Masir (tengah) sedang menyaksikan penyampaian sijil oleh Harden (kanan) kepada penerima (kiri) bersama dengan tetemau khas yang lain pada majlis itu.


SRI AMAN, Jumaat (4 Mac) – Pasukan Relawan Ikatan Rakyat (RELA) haruslah menjadi ‘telinga, mulut dan mata’ kerajaan untuk sepanjang masa demikian menurut Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat.

Katanya pasukan RELA mempunyai kelebihan dalam memainkan peranan terbabit memandangkan mereka merupakan golongan yang sering berdamping dengan penduduk dalam kawasan masing-masing.

“Pasukan RELA boleh membantu kerajaan dengan menyebarkan pelbagai dasar pembangunan dikalangan penduduk dalam kawasan pentadbiran masing-masing selepas ini.

“Kita meminta RELA berbuat demikian agar kerajaan Barisan Nasional (BN) dapat melaksanakan pelbagai program pembangunan untuk kebaikan penduduk pada masa akan datang,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Bersama RELA Daerah Sri Aman di Mini Stadium Sri Aman baru-baru ini.

Selain itu juga meminta semua anggota RELA khasnya dalam kawasan Sri Aman untuk menyokong penuh kepimpinan kerajaan BN Negeri mulai sekarang demi kesejahteraan pembangunan kawasan dari masa ke semasa.

Dengan berbuat demikian anggota RELA menurut Masir secara tidak langsung telah menyumbang bakti kepada kerajaan disamping menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam isu pembenterasan Pendatang Asing Tanpa Izin selepas ini.

Terdahulu Majlis Makan Malam Bersama RELA Daerah Sri Aman yang berlangsung di Mini Stadium Sri Aman itu telah dirasmikan oleh Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis.

Harden mengumumkan peruntukan bernilai RM5,000 kepada RELA Daerah Sri Aman manakala Masir pula mengumumkan peruntukan berniail RM3,000 kepada pasukan terbabit pada majlis berkenaan.

Hadir sama ialah Residen Bahagian Sri Aman, Abdul Rahman Sebli Sanusi, Pegawai RELA Daerah Sri Aman, Leftenan Kolonel (RELA) Bajuri Haji Adon, para ketua jabatan dan ketua kaum di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment