Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

29 March, 2011

Rayong yakin BN akan dapat teraju semula kerajaan


Caption: UNTUK RAKYAT...Rayong (tengah) bersama Nyalau (kanan) sebelum berlangsung upacara penyerahan Peralatan Dapur kepada Rumah Awing, Merindun pada majlis itu.


ENGKILILI, Isnin (28 Mac) – Barisan Nasional (BN) akan dapat memegang semula tampok pemerintahan Kerajaan Negeri selepas Pilihan Raya Negeri DUN Sarawak Ke-10 pada 16 April kelak.

Ahli Dewan Undangan Kawasan (ADUN) Engkilili, Dr Johnical Rayong anak Ngipa berkata ia berdasarkan kepada sokongan rakyat yang sentiasa kukuh terhadap BN demi tujuan pembangunan selama ini.

“Saya meminta orang Iban khasnya dari kawasan luar bandar agar tidak mengamalkan politik ‘sesat’ jika mahu kerajaan BN terus menyalurkan projek pembangunan ke kawasan mereka selepas ini.

“Tidak perlu mencari kerajaan baru selain BN. Justeru rakyat diminta agar hanya memilih BN untuk meneraju pembangunan Sarawak menerusi pilihan raya negeri kelak,” katanya.

Rayong berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Task Force KEMAS P.203 Lubok Antu anjuran bersama Jabatan Kerajaan Negeri sempena Penyerahan Alat Dapur di rumah Awing, Merindun, Engkilili baru-baru ini.

Selain itu kerajaan kata beliau juga akan terus mempergiatkan usaha bagi menaiktaraf hidup rakyat menerusi Dasar Politik Pembangunan yang diilhamkan oleh Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak, Penyelia KEMAS Lubok Antu, Kumpang anak Datuk Tutong, Pembantu Luar Kanan JASA Engkilili, Edwin Ancheh dan ketua kaum di sini.

Tamat....

No comments:

Post a Comment