Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

30 March, 2011

Rakyat harus berterima kasih kepada BN, Mong


Caption: DARIPADA BN...Mong menyampaikan cek peruntukan Projek Kecil Luar (MRP) kepada salah seorang wakil JKKK pada majlis berkenaan.

Julius Bunan

SRI AMAN, Rabu (30 Mac) – Rakyat harus melahirkan rasa terima kasih masing-masing terhadap segala projek pembangunan yang sedang atau bakal dirancang dalam kawasan penempatan mereka.

Menteri Muda Permodenan Pertanian, Mong anak Dagang berkata ia boleh dibuktikan oleh rakyat dengan menyokong calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri Ke-10 pada 16 April kelak.

“Anda tidak sayang projek pembangunan jika mengundi pihak pembangkang. Ini kerana projek pembangunan di kawasan mereka boleh terbantut jika pihak BN kalah di kawasan mereka.

“Justeru momentum pembangunan dalam kawasan kita harus dikekalkan dengan memastikan kemenangan BN pada pilihan raya Ke-10 ini nanti,” katanya ketika berucap merasmikan Program Mesra Komuniti 1 Malaysia di Rumah Melunggang anak Adir, Pakit A, Sri Aman, kelmarin.

Selain itu beliau yang juga penyandang Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Begunan mahu rakyat sedar bahawa segala faedah pembangunan yang mereka nikmati sekarang adalah datangnya daripada pihak kerajaan BN.

Justeru Mong berharap agar rakyat terutama sekali dari kawasan luar bandar tidak mengadaikan masa depan pembangunan masing-masing dengan sewenang-wenangnya selepas ini.

“Rakyat rumah panjang tidak perlu mendengar dakyah pihak pembangkang. Ini kerana mereka hidup senang di bandar namun rakyat kawasan luar bandar pula masih hidup susah dan memerlukan BN untuk memajukan hidup mereka,” katanya.

Beliau pada majlis itu mengumumkan peruntukan bagi tahun 2011 bernilai RM5,000 kepada JKKK Rumah Melunggang, Pakit A manakala RM5,000 untuk JKKK Rumah Ayok, Pakit B.

Hadir sama ialah Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sri Aman, Majuan Jeraie, Pegawai KEMAS Bahagian Sri Aman, Hairani Solo, Pegawai JASA Parlimen P.202 Sri Aman, Whelton Lumpoi dan ketua kaum di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment