Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 March, 2011

Pulangkan kembali silinder gas LPG yang kosong nasihat Uzir


Caption: PENERANGAN...Ahmad (tengah) ketika berlangsungnya sidang media sambil diapit oleh (dari kiri sekali) Zaidi, Speri, Roslan dan Kathy di Dewan Suarah Sri Aman hari ini.


SRI AMAN, Jumaat (11 Mac) - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) meminta kerjasama pihak penghantar atau pengedar gas LPG (Gas Cecair Asli Petroleum) untuk mengembalikan silinder gas yang telah kosong secepat mungkin kepada peniaga mulai sekarang.

Pengarah KPDNKK Sarawak, Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata kegagalan pengedar gas LPG untuk berbuat demikian boleh menyebabkan berlakunya gangguan bekalan gas LPG di kawasan bandar seperti yang dilaporkan berlaku di Sarikei pada dua hari lepas.

“Tiga punca utama telah dikenalpasti kepada berlakunya masalah kekurangan bekalan gas LPG di kawasan bandar Sarikei seperti yang telah dilaporkan oleh Ahli Parlimen Sarikei, Ding Kuong Hiing terhadap kementerian kami.

“Punca pertama ialah banyak silinder gas LPG yang telah kosong di kawasan luar bandar gagal dikembalikan semula kepada para peniaga dalam tempoh masa yang singkat untuk tujuan pengisian semula,” katanya.

Punca kedua kata Ahmad pula ialah tindakan rakyat negara jiran yang membeli gas LPG namun tidak mengembalikan silinder gas LPG lama kepada pengedar manakala punca ketiga pula berhubungkait dengan pertukaran gas LPG antara Petronas dan Shell.

Punca-punca berkenaan tambah beliau harus dijadikan sebagai peringatan kepada semua pengedar gas LPG demi mengelakkan berlakunya masalah kekurangan bekalan gas LPG selepas ini.

“Bagaimanapun masalah bekalan gas LPG di Sarikei sudah pun pulih seperti sedia kala,” katanya ketika diminta oleh pihak pemberita untuk mengulas mengenai isu berkenaan selepas menyampaikan Taklimat Senario Kenaikan Harga Barang dan Bekalan bertempat di Dewan Suarah Sri Aman pada hari ini.

Terdahulu seramai 150 orang penjawat awam menghadiri Taklimat Senario Kenaikan Harga Barang dan Bekalan bertempat di Dewan Suarah Sri Aman yang berlangsung dari jam 8 pagi hari ini.

Hadir sama ialah Pegawai Khas Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Batang Luar, Mohd Speri Haji Abdul Karim, Ketua Cawangan KPDNKK Sri Aman, Wan Roslan Esmanto Wan Johari dan penolongnya Kathy Tagok serta wakil Residen Sri Aman, Zaidi Sarkawi.

Tamat.

No comments:

Post a Comment