Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

27 March, 2011

Pertahankan adat resam - Harden


Caption: TUMPUAN...Penduduk sedang menyaksikan upacara Mengap Gawai Burung yang berlangsung di Rumah Ringgit, Ibol malam tadi.


SRI AMAN, Ahad (27 Mac) – Generasi muda harus mempertahankan adat resam dan warisan budaya kaum masing-masing demi menjamin kesinambungan identiti setiap kaum negeri ini pada masa yang akan datang.

Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis berkata kemajuan yang dikecapi oleh dunia pada masa sekarang telah menyebabkan golongan generasi baru lebih terpengaruh kepada gaya hidup moden.

“Akibatnya ialah golongan generasi muda kita kurang berminat untuk mendalami pengetahuan terhadap adat resam serta warisan budaya yang ada pada setiap kaum masing-masing.

“Sekiranya keadaan ini berterusan maka tidak mustahil golongan generasi muda di masa yang akan datang mampu meneruskan warisan budaya dan adat resam setiap kaum di negeri ini di masa akan datang,” katanya.

Beliau yang juga Penyandang Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Gawai Burung anjuran Persatuan Ketua Masyarakat Iban Bahagian Sri Aman di Rumah Ringgit Bayang, Ibol, Undop, Sri Aman malam tadi.

Terdahulu lebih 2,000 orang penduduk membanjiri Rumah Ringgit, Ibol untuk menyaksikan pelbagai aktiviti menarik yang diadakan di situ antaranya ialah Sabong Ayam, Mengap, Niri Ka Pedara, Gotong-Royong, Pertandingan Dara Bajik Gawai Burung, Begeliga, Ngerandang Ngira dan banyak lagi bermula 26 hingga 27 Mac.

Upacara Mengap Gawai Burung menjadi tumpuan penduduk apabila ia berlangsung dari jam 8 malam hingga pagi hari ini sebelum ia dimeriahkan dengan upacara Bebutik Indu di rumah panjang berkenaan.

Hadir sama ialah isteri Harden iaitu, Datin Simba Nalang, Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, Ahli Dewan Negara, Senator Dorris Sopia Brodi, Residen Sri Aman, Abdul Rahman Sebli bin Sanusi dan Pengerusi Persatuan Ketua Masyarakat Iban Bahagian Sri Aman, Pemanca Samuel Lawen.

Tamat.

No comments:

Post a Comment