Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 March, 2011

Perguruan Silat Helang Putih Perkasa Wilayah Sri Aman sedia sahut cabaran pertandingan silat 12 Mac ini



Captio: SEDIA GEMPUR!!! Yakub (tengah) ketika bersama anggota pasukan Perguruan Silat Helang Putih Perkasa Wilayah Sri Aman di sini kelmarin.

- 7 Mac

Pasukan Perguruan Silat Helang Putih Perkasa Wilayah Sri Aman bersedia untuk menghadapi cabaran daripada mana-mana pasukan pada Kejohanan Silat Wiralaga 2011 bertempat di Padang Lama KPSU pada 12 hingga 13 Mac ini.

Kejohanan Silat Wiralaga 2011 anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman ini diadakan bersempena dengan sambutan Karnival Mesra 1 Belia 1 Sarawak 1 Malaysia bagi Peringkat DUN Lingga pada tarikh tersebut di padang berkenaan.

Jurulatih Pasukan Silat Helang Putih Perkasa Wilayah Sri Aman, Yakub Haji Zamahari ketika ditemui berkata pasukannya telah berlatih secara intensif semenjak tiga minggu lepas untuk menghadapi cabaran dalam kejohanan tersebut pada 12 Mac ini nanti.

“Pesilat di bawah pimpinan Guru Muda, Bakthiar Haji Wasli itu akan mengambil bahagian dalam semua kategori perlawanan yang bakal diadakan dalam kejohanan ini antaranya ialah Kategori Remaja 15 hingga 17 Tahun (dengan berat antara 45 hingga 50 kilogram).

“Kategori seterusnya ialah Kategori Dewasa 18 hingga 25 Tahun dari Kelas A hingga Kelas E. Berat bagi Kelas A ialah 45 hingga 50 kg (kilogram), Kelas B (50 hingga 55 kg), Kelas C (55 hingga 60 kg, Kelas D (60 hingga 65 kg) dan Kelas E (65 hingga 70 kg),” katanya.

Menerusi latihan gigih yang dijalani oleh semua anggota di Pusat Kemudahan Gimnasium Rakyat Sri Aman dan Gelanggang Utama Silat Kampung Tengah, Sri Aman selama ini, pihaknya kata Yakub yakin mampu untuk meraih kemenangan bagi semua kategori yang dipertandingkan kelak.

Ini kerana beberapa orang anggotanya jelas beliau pernah mewakili Bahagian Sri Aman dan negeri Sarawak ke Pertandingan Silat Wiralaga Peringkat Sekolah Kebangsaan yang berlangsung di Semenanjung Malaysia disamping menyertai latihan silat pada kem SUKMA sebelum ini.

“Mohd Imam bin Osman misalnya mempunyai pengalaman dalam mewakili Sarawak ke kejohanan silat wiralaga di peringkat kebangsaan begitu juga dengan Mohd Hafiz Sarkawi yang pernah mengikuti latihan silat secara intensif di kem SUKMA.

“Malah kita juga mempunyai Faiz Hamizi yang pernah memenangi gelaran Pesilat Terbaik dan Pesilat Harapan bagi peringkat Bahagian Sri Aman oleh pihak Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman pada tahun 31 November 2009 dahulu,” katanya.

Justeru beliau berharap agar Pasukan Perguruan Silat Helang Putih Perkasa Wilayah Sri Aman mampu mencipta nama pada Kejohanan Silat Wiralaga 2011 yang diadakan sempena karnival ini nanti.

Terdahulu Silat Helang Putih Perkasa Wilayah Sri Aman merupakan salah satu perguruan yang berdaftar di bawah Rumpun Silat Sarawak selain Seni dari Perguruan Silat Bintang Tujuh, Seni Silat Belang Harimau dan Seni Silat Pedang.

Tamat.

No comments:

Post a Comment