Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

24 March, 2011

Perguruan Silat Helang Putih handal


Caption: UNTUK ALBUM..Israk (depan tiga kiri) bersama wasit / juri pertandingan, Yakub Zamahari (tengah) bergambar kenangan bersama pemenang sebaik sahaja tamat pertandingan berkenaan.
 
SRI AMAN, Khamis (24 Mac) – Pertandingan Silat Wiralaga bersempena dengan sambutan Karnival Mesra 1 Belia 1 Sarawak peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga yang ditunda pada 12 Mac lepas atas sebab masalah teknikal telah berlangsungnya dengan jayanya di Mini Stadium Sri Aman malam kelmarin.
 
Dalam pertandingan itu, Faiz Hamizi bin Yakub dari Perguruan Silat Helang Putih Perkasa dinobatkan sebagai juara Kategori A Putra (Dewasa) setelah menundukkan kehebatan Awang Izzamzuri Awang Johari dari perguruan yang sama.
 
Kemenangan ini membolehkan Hamizi membawa pulang hadiah berupa piala dan wang tunai pada pertandingan silat yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman dengan kerjasama Rumpun Silat  Sarawak Wilayah Sri Aman.
 
Kategori Kelas A Putra (Remaja)  pula menyaksikan Abang Mohd Dzulfitri bin Jeraie dari Perguruan Silat Harimau Belang muncul juara setelah menewaskan Mohd Hazam bin Hisruddin dari Perguruan Silat Bintang 7.
 
Muhd Iman bin Othman dan Abang Zainul Akhbar bin Abang Budiman mengangkat nama Perguruan Silat Helang Putih apabila mengondol kedudukan juara dan naib juara bagi Kategori B Putra (Dewasa).
 
Perguruan Silat Helang Putih menerusi pesilatnya iaitu Mohd Hafiz bin Sarkawi menjuarai kategori Kelas C Putra (Dewasa) setelah menundukkan saingan Wan Mohd  Hafis bin Wan Drahman dari Perguruan Silat Pedang.
 
Abang Nursazali bin Abang Razali dari Perguruan Silat Helang Putih muncul juara Kategori Kelas D Putra (Dewasa) setelah menewaskan Zul Aidil dari Perguruan Silat Pedang.
 
Perguruan Silat Helang Putih turut mengondol kedudukan juara dan naib juara bagi Kategori Kelas E Putra (Dewasa) menerusi Mohd Hazwan bin Sarkawi dan Muq’inn bin Mat Shah.
 
Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman, Mohd Israk Haji Ismail telah menyempurnakan upacara penyampaian hadiah kepada pemenang sambil disaksikan oleh Guru Muda Silat Helang Putih, Bakthiar Haji Wasli.
 
Sejumlah 50 orang peserta mengambil bahagian dalam Pertandingan Silat bersempena dengan sambutan Karnival Mesra 1 Belia 1 Sarawak peringkat DUN Lingga terbabit.
 

Tamat.

No comments:

Post a Comment