Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 March, 2011

Penduduk Tanjung Engkabang seronok dapat gotong royong dengan artis famous


Caption: CERIA...Penduduk Tanjung Engkabang bergambar kenangan bersama artis pujaan mereka ketika berlangsungnya gotong-royong berkenaan.


SRI AMAN, Ahad (20 Mac) - Aktiviti gotong-royong di kawasan Tanjung Engkabang telah dimeriahkan lagi dengan pembabitan para artis terkemuka tanah air dan penduduk tempatan di situ baru-baru ini.

Jurucakap penganjur memberitahu aktiviti yang mendapat kerjasama daripada JKKK, PPWS dan kelab Tanjung Engkabang ini membabitkan para artis terkemuka tanah air seperti Man Kidal, Nash Lefthanded, Hadri Hasmi, Noni, Amir Ukays dan Zarina.

"Pihak Bomba dan Penyelamat Bahagian Sri Aman juga turun padang bagi menjayakan aktiviti bertujuan untuk membenteras penularan wabak Chikungunya dan Demam Denggi yang disebabkan oleh nyamuk Aedes.

"Dengan adanya aktiviti ini penduduk kawasan Tanjung Engkabang mampu mengelak ancaman serangan penyakit Demam Denggi dengan memusnahkan sarang pembiakan nyamuk berkenaan," katanya.

Menerusi aktiviti gotong-royong ini semua penduduk dan individu jemputan katanya telah bekerjasama membersihkan semula laluan parit yang tersumbat dan menghapuskan kawasan air bertakung dan sebagainya.

"Paling penting ialah penduduk kawasan Tanjung Engkabang dapat membudayakan aktiviti gotong-royong ini dari masa ke semasa demi tujuan kesihatan diri masing-masing," tambah beliau.

Aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan Tanjung Engkabang berkenaan telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga iaitu Hajah Simoi Haji Peri.

Tamat.

No comments:

Post a Comment