Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 March, 2011

Penduduk Sbangki Panjai bersihkan Kubur Rioh Lubok Antu


Caption: UNTUK ALBUM...Along (belakang tiga kanan) bergambar kenangan bersama Tr Jubang (kanan) dan penduduk yang lain ketika berlangsungnya aktiviti gotong-royong terbabit.


LUBOK ANTU, Isnin (7 Mac) – Seramai 50 orang penduduk Rumah Jubang Bin, Sbangki Panjai, Lubok Antu mengambil bahagian dalam aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan perkuburan lama Rioh di sini kelmarin.

Aktiviti gotong-royong bagi membersihkan kawasan perkuburan Iban lama yang diketuai oleh Along anak Merjun dari Sbangki Panjai itu telah berlangsung dari jam 9 pagi hingga jam 5 petang.

Along ketika ditemui memberitahu aktiviti gotong-royong ini bertujuan untuk menyatu-padukan penduduk Sbangki Panjai, Lubok Antu dengan menjayakan kerja terbabit secara kerjasama.

“Pihak kami menerusi aktiviti gotong-royong ini telah melakukan kerja mendirikan kubur bersimen, membuang sampah dan menebas rumput yang tumbuh di kawasan tanah perkuburan berkenaan.

“Aktiviti ini berjaya dilaksanakan dengan sempurna. Justeru saya berharap agar aktiviti ini dapat dijadikan sebagai budaya dikalangan penduduk Sbangki Panjai dalam menjaga kebersihan tapak perkuburan selepas ini,” katanya.

Terdahulu perbelanjaan makan dan minum bagi menjayakan aktiviti gotong-royong membersihkan Kubur Rioh, Lubok Antu yang terletak kira-kira 25 minit perjalanan dengan menggunakan kenderaan itu telah ditaja oleh beliau sendiri.

Tamat.

a

No comments:

Post a Comment