Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

03 March, 2011

Penduduk Betong bakal saksikan pembinaan Metro Politeknik mulai tahun depan - Jabu

BETONG, Khamis (3 mac) – Penduduk Bahagian Betong dan kawasan sekitarnya bakal menyaksikan pembinaan Metro Politeknik Betong pada masa akan datang demikian menurut Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang.

Ini kerana projek pembinaan Metro Politeknik Betong jelas beliau dijangka akan bermula pada tahun hadapan dan mempunyai kelainan dengan lain-lain politeknik dari segi pelan struktur serta rekabentuknya.

“Bagaimanapun saya tidak dapat memberi penjelasan lanjut mengenai kos pembinaan dan tapak kawasan projek politeknik berkenaan. Biarkan pihak Kementerian Pengajian Tinggi membuat pengumuman rasmi mengenai projek itu kelak,” katanya.

Jabu yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Menteri Permodenan Pertanian berkata demikian kepada pemberita sebaik sahaja selesai menyempurnakan Majlis Penghargaan Pelajar PMR 2010 SMK Datuk Patinggi Kedit Betong baru-baru ini.

Terdahulu beliau ketika berucap pada majlis berkenaan yakin bahawa pelajar luar bandar mampu melakukan yang terbaik dalam bidang akademik memandangkan setiap mereka mempunyai kepintaran masing-masing.


”Lagipun saya yakin kualiti pelajar luar bandar dalam bidang akademik termasuk potensi masing-masing setanding dengan para pelajar yang terdapat di kawasan bandar selama ini.

“Justeru saya berharap agar pelajar luar bandar tidak terlalu memandang rendah terhadap potensi kecemerlangan akademik dalam diri masing-masing selepas ini,” katanya.


Sejumlah 55 orang pelajar SMK Datuk Patinggi Kedit Betong telah diberikan penghargaan di atas kecemerlangan mereka dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah pada majlis itu.

Tamat.

No comments:

Post a Comment