Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 March, 2011

Penduduk berhak dapat pampasan tanah yang setimpal - Wahbi


Caption: TERIMA...Wahbi (tengah) sambil diapit oleh Romie (kanan) dan Peggy (kiri) bersama penerima cek pampasan sebaik sahaja selesai majlis itu kelmarin.


SPAOH, Jumaat (4 mac) – Penduduk berhak mendapat bayaran pampasan tanah yang setimpal tertakluk kepada peraturan, undang-undang dan harga pasaran semasa tanah jika tanah mereka diambil oleh kerajaan bagi tujuan pembangunan selepas ini.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Dr Haji Wahbi Junaidi berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaian Cek Pampasan Tanah dan Surat Hakmilik Tanah anjuran Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Betong di Dewan Pahlawan 7, Kampung Bungin, Spaoh baru-baru ini.


“Bayaran setimpal ini bertujuan untuk membuktikan bahawa kerajaan tidak mengambil (untuk tujuan pembangunan) tanah milik penduduk secara sesuka hati tanpa melalui prosedur yang betul.


“Setiap tanah yang kita ambilalih akan kita bayar. Kerajaan tidak merampas tanah penduduk seperti mana yang sering didakwa oleh pihak pembangkang demi tujuan politik selama ini,” kata Wahbi.


Selain itu beliau juga mencabar mana-mana pihak yang mendakwa bahawa projek pembangunan tidak membabitkan penggunaan tanah bermilik atau Hak Adat Bumiputera (NCR) milik penduduk semenjak dari dahulu hingga sekarang.


Realitinya mana-mana kerajaan di dunia jelas Wahbi sememangnya memerlukan tanah bagi tujuan pembangunan yang semestinya memberi faedah kepada penduduk sekiranya ia sudah dilaksanakan selepas itu.

“Justeru jabatan kerajaan yang terlibat dinasihat agar tidak melengah-lengahkan proses pembayaran pampasan tanah kepada penduduk supaya pihak pembangkang tidak menjadikannya sebagai isu politik di masa akan datang,” katanya.

Terdahulu sejumlah RM1,302,646.60 wang pampasan Tanah Berhakmilik dan NCR telah dibayar kepada 405 orang penerima bagi projek Skim Pengairan Bungin, pembinaan Jalan Tuie / Supa/ Manggut di Pusa dan naiktaraf permatang untuk skim pengairan Manggut-Tuie.


Terdahulu, Peggy Ronin Edin, menjelaskan bahawa untuk suku tahun pertama ini Jabatan Tanah dan Survei telah menerima 9 projek LAPI yang perlu diselesaikan dan ditambah pula dengan pengukuran tanah NCR di bawah Inisiatif Baru NCR.

Hadir sama ialah Residen Bahagian Betong, Datu Romie Sigan Daniel, Penguasa Tanah dan Survei, Bahagian Betong, Peggy Ronin Edin, para ketua jabatan dan penerima pampasan berkenaan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment