Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

25 March, 2011

Pembangkang tak akan bawa perubahan kata Harden


Caption: TERIMALAH...Harden menyerahkan dokumen pemilikan enjin getah kepada Batang sambil disaksikan oleh tetamu jemputan yang lain ketika berlangsungnya majlis itu.


SRI AMAN, Khamis (25 Mac) – Pembangkang tidak akan membawa perubahan terhadap hidup rakyat di kawasan luar bandar kata Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis.

Katanya pihak pembangkang hanya mampu meluahkan pelbagai janji manis demi meraih sokongan politik daripada rakyat namun gagal menunaikan janji itu selepas tamat pilihan raya negeri kelak.

“Mereka akan menghilang sebaik sahaja tamat pilihan raya. Janji yang mereka luahkan ketika berkempen adalah merupakan umpan demi menarik sokongan rakyat terhadap mereka.

“Justeru saya berharap agar rakyat menyiasat secara terperinci segala fitnah yang didakwa oleh pihak pembangkang daripada menerima dakwaan terbabit secara bulat-bulat,” katanya.

Beliau yang juga penyandang Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyerahan Anak Ayam di Rumah Batang, Entawa kelmarin.

Selain itu rakyat kata Harden juga harus sedar bahawa kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) telah memainkan banyak peranan untuk membangunkan hidup rakyat di kawasan luar bandar selama ini.

Kerajaan BN katanya mempunyai sumber yang besar untuk membangunkan hidup rakyat dan bukannya seperti pihak pembangkang yang hanya tahu memperbesar-besarkan isu dari masa ke semasa.

“Tolak kehadiran pihak pembangkang di kawasan anda. Sokonglah BN pada pilihan raya negeri pada 16 April kelak demi hala tuju pembangunan di kawasan rakyat untuk sepanjang masa,” katanya.

Hadir sama ialah wakil Ahli Parlimen Sri Aman, Abah Unggie, wakil Pejabat Daerah Sri Aman, Rickson Jauu dan Penolong Pengarah Jabatan Pertanian Bahagian Sri Aman, Badin Unor.

Tamat.

No comments:

Post a Comment