Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 March, 2011

Pembangkang lemah di Engkilili - Rayong



Mugshot: DR JOHNNICAL RAYONG NGIPA


SRI AMAN, Jumaat (11 Mac) – Pihak pembangkang mula menunjukkan kelemahan mereka terhadap rakyat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili menjelang pilihan raya negeri ini kata wakil rakyatnya, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa.

Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas spekulasi mengenai hasrat Broodi anak Maong, pengusaha kelapa sawit dari Rumah Ujak, Pengansah, Engkilili bertanding di kerusi DUN berkenaan menggunakan tiket Parti KeAdilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya negeri kelak.

Seorang lagi individu yang diwar-warkan bakal bertanding menggunakan tiket Bebas untuk merebut kerusi DUN Engkilili pada pilihan raya negeri ini nanti ialah Jimmy Simon Dimbab Maja iaitu peguam dan peguamcara dari Selindung, Engkilili.

“Kelemahan pihak pembangkang makin ketara apabila Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) sebelum ini turut menyuarakan hasrat untuk menghantar calon bagi bertanding merebut kerusi DUN Engkilili pada pilihan raya negeri ini kelak.

“Dengan kata lain SNAP dan PKR tidak sefahaman walaupun ‘sebumbung’ (pembangkang). Ia tampak berbeza berbanding komponen parti Barisan Nasional (BN) Negeri yang mengamalkan semangat setiakawan selama ini,” katanya.

Bagaimanapun Malaysia kata Rayong mengamalkan sistem demokrasi yang tidak menghalang mana-mana individu untuk bertanding dalam sesebuah pilihan raya negeri atau umum semenjak merdeka dahulu.

Untuk itu beliau katanya kepada Utusan Sarawak mengalu-alukan pihak pembangkang untuk menghantar calon bagi bertanding merebut kerusi DUN Engkilili pada pilihan raya negeri ini nanti.

“Saya meminta rakyat dalam kawasan DUN Engkilili untuk menilai kelemahan pihak pembangkang berhubung perkara ini. Teruskan sokongan terhadap BN demi hala tuju pembangunan kawasan Engkilili pada masa akan datang,” katanya.

Terdahulu Rayong yang memenangi kerusi DUN Engkilili pada pilihan raya negeri 2006 lepas akan bertanding sebagai calon untuk mempertahankan kerusi DUN terbabit dengan menggunakan tiket Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) pada pilihan raya negeri ini nanti.

Tamat.

No comments:

Post a Comment