Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

29 March, 2011

Pasukan AY17 juara Liga Bola Sepak Veteran Sri Aman 2011


Caption: KAMI JUARA!!! Abany Yahya (baju putih) bersama barisan pemain dan pengurus pasukan AY17 sebaik sahaja tamat majlis penyampaian hadiah berkenaan.

- 29 Mac

Pasukan AY17 muncul juara Kejohanan Liga Bola Sepak Veteren Sri Aman 2011 setelah berpesta gol dengan membelasah skuad Cahya Mata Malaysia menerusi jaringan 8 – 0 pada perlawanan akhir kejohanan terbabit di Padang Lama KPSU Sri Aman baru-baru ini.

Perlawanan akhir itu menyaksikan Abdul Khalid Bojeng, Affendi Olen, Awang Hussin Awang Borhan, Tahir Brahim, Dailop Mohd Sany dan Wan Mohammad muncul sebagai wira penjaring gol skuad AY17 pada kejohanan itu.

Kemenangan itu membolehkan skuad pimpinan bekas pemain pertahanan Sarawak, Abang Yahya Abang Sulaiman membawa pulang hadiah berupa piala kejuaraan, pingat dan wang tunai bernilai RM700.

Manakala pasukan naib juara iaitu Cahya Mata Malaysia pula membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM500, piala pemenang tempat kedua dan juga pingat pada kejohanan berkenaan.

Pasukan pemenang tempat ketiga iaitu MICU pula membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM300, piala dan pingat bagi Kejohanan Liga Bola Sepak Veteren Sri Aman 2011.

Sementara itu pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memperoleh kedudukan tempat keempat dalam Kejohanan Liga Bola Sepak Veteren Sri Aman 2011 ini gagal membawa pulang sebarang hadiah.

Semua hadiah kepada pasukan pemenang telah disampaikan oleh Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis ketika berlangsungnya Perlawanan Pembukaan Kejohanan Liga Bola Sepak 2011 Sri Aman – Naim di Padang Kompleks Sukan Sri Aman.

Hadir sama untuk menyaksikan upacara penyampaian hadiah ini ialah Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Sri Aman, Wan Saperi Wan Abdul dan Jurutera Bekaln Awam JKR Sri Aman, Oliver Gabong Jimmy.

Terdahulu pasukan AY17 telah membariskan Awang Samsuddin, Sarkawi Salleh, Awang Mahmud, Mohd Affendi Jeraie, Isahak Uju, Wan Ahmad Wan Sulung, Awang Affendi Awang Olen, Awang Sarbini, Dailet Mohd Pani, Abdul Talib Bojeng, Jamil Gundai, Norseman Sarkawi, Awang Hussaini Awang Borhan, Tahir Brahim, Awang Razak Awang Bujang dan Menita Son Suai untuk mengalas cabaran kejohanan terbabit.

Tamat.

No comments:

Post a Comment