Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

19 March, 2011

Pakatan Rakyat mula goyah - Muhyiddin



Caption: TERIMA KASIH...Tr Wilson Bada menyampaikan cenderamata kepada Muhyiddin sambil disaksikan oleh para menteri dan wakil rakyat BN pada majlis itu hari ini.


SRI AMAN, Sabtu (19 Mac) – Perikatan antara komponen parti pembangkang dalam Pakatan Rakyat (PR) kini kian goyah menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya ia terbukti apabila ramai pemimpin kanan dalam perikatan parti pembangkang tersebut sudah meninggalkan parti mereka disebabkan tidak sehaluan dalam perjuangan politik masing-masing.

“Parti KeAdilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Islam SeMalaysia (PAS) tidak mempunyai ideologi politik yang sama antara satu sama yang lain selama ini.

“Barisan Nasional (BN) mempunyai ideologi politik yang sama. Sebab itulah kita dapat melihat bahawa Malaysia dapat membangun dengan pesat seperti yang disaksikan oleh semua rakyat pada masa sekarang,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakay di Rumah Wilson Bada, Gran B, Sri Aman hari ini.

Muhyiddin juga mahu rakyat untuk menolak kehadiran pihak pembangkang memandangkan negeri ini masih memerlukan BN untuk terus membangun dari masa ke semasa.

Malah rakyat kata beliau juga tidak harus mempercayai segala janji pembangunan oleh pihak pembangkang seperti yang dinyatakan oleh mereka menerusi Buku Jingga sebelum ini.

“Lagipun kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM60.82 juta bagi tujuan pembangunan di kawasan Parlimen Batang Lupar dalam Rancangan Malaysia Ke-10 termasuk RM45.52 juta untuk pembinaan SMK Lingga.

“Kita juga akan mengagihkan bantuan berjumlah RM580,000 kepada 1,020 keluarga dari 51 buah rumah yang tinggal di kawasan rumah panjang dalam kawasan Lingga,”jelas beliau.

Kerajaan kata Muhyiddin juga telah memutuskan untuk membina jalan raya Stumbin, Tanjung Bijat bijat dan Skirau sepanjang 15 kilometer dan akan dilaksana secara rundingan terus dengan nilai kos projek sebanyak RM18 juta.

Selain peruntukan bernilai RM50 juta yang telah diluluskan oleh Perdana Menteri untuk tujuan naiktaraf jalan, kerajaan katanya juga telah menyediakan sebanyak RM1 juta untuk membina balai raya di Lingga, RM1 juta untuk membina benteng banjir di Sri Aman dan RM600,00 untuk membuat rumah panjang di Lingga.

“Peruntukan ini membuktikan bahawa hanya kerajaan BN yang layak untuk meneraju pembangunan hidup rakyat dari masa ke semasa berbanding dengan pihak pembangkang,” katanya.

Muhyiddin pada majlis itu turut menyempurnakan majlis perasmian enjin pelerai padi sambil diiringi oleh para menteri kabinet Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan wakil rakyat BN di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment