Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 March, 2011

Mussen berharap agar penduduk LA terus sokong BN


Caption: TAHNIAH…..Mussen (tengah) menyampaikan hadiah kepada seorang pemenang sambil disaksikna oleh Nyalau (dua kiri) pada majlis berkenaan.


LUBOK ANTU, Isnin (21 Mac) – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai, Malcom Mussen Lamoh berharap agar rakyat dalam kawasannya terus memberi sokongan padu terhadap kepimpinan Barisan Nasional (BN).

Katanya ia demi membolehkan rakyat di kawasan Lubok Antu untuk terus menerima faedah pembangunan daripada kerajaan seperti yang dinikmati oleh lain-lain kawasan dalam negeri ini.

“Rakyat akan terus menikmati pembangunan daripada kerajaan jika BN terus berada di sini. Justeru saya memohon rakyat untuk terus menyokong saya pada pilihan raya negeri kelak,” katanya.

Mussen berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Mesra 1 Belia 1 Sarawak bagi peringkat DUN Batang Ai bertempat di Kompleks Sukan Lubok Antu pada malam Sabtu lepas.

Selain itu beliau juga melahirkan rasa bangga di atas sokongan rakyat Lubok Antu terhadap penganjuran Karnival Mesra 1 Belia 1 Sarawak bagi peringkat DUN Batang Ai berkenaan.

“Karnival Mesra 1 Belia 1 Sarawak bagi peringkat DUN Batang Ai secara tidak langsung memberi peluang kepada rakyat untuk bertemu pemimpin disamping memperoleh pengetahuan baru menerusi aktiviti ini,” katanya.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak, Pegawai Daerah Lubok Antu, Jack Aman Luat, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Sri Aman, Mohd Ishrak Haji Ismail, para pegawai kerajaan dan ketua kaum di sini.

Terdahulu lebih 4,000 orang hadir bagi menyaksikan konsert persembahan lagu oleh para artis dari Semenanjung Malaysia serta tempatan pada karnival itu antaranya ialah Man Kidal, Jay-Jay, Noni AF 5, Lydia AF 4 serta artis tempatan termasuk Urai.

Tamat….

No comments:

Post a Comment