Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 March, 2011

Mulakan hala tuju baru untuk majukan Lubok Antu, Nyalau



Mugshot: WILLIAM NYALAU BADAK


ENGKILILI, Ahad (20 Mac) - Penduduk dari kawasan dalam dan luar bandar di Lubok Antu disaran untuk memulakan hala tuju baru bagi mencapai taraf hidup yang lebih baik selepas ini.

Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak berkata demikian ketika berucap merasmikan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (RES) bertempat di Sayat, Engkilili baru-baru ini.

Katanya penduduk terutama sekali mereka yang pernah berselisih faham serta berbeza pendapat dalam bidang politik tidak harus mengenang kisah lama mulai sekarang dan bukannya mengungkit isu lapok menjelang pilihan raya negeri ini.

"Bukankah lebih baik jika penduduk bekerjasama dengan kerajaan bagi memajukan kawasan ini? Barisan Nasional (BN) amat memerlukan bantuan penduduk bagi menjayakan segala pelan pembangunan yang sudah dirancang sebelum ini.

"Mereka tidak perlu terpengaruh dengan hasutan pihak pembangkang kerana ia amat membuang masa dan tidak mendatangkan hasil kepada pembangunan hidup mereka selepas itu," katanya.

Nyalau turut menambah bahawa pembangunan yang mereka nikmati pada masa sekarang adalah hasil sokongan berterusan penduduk terhadap kerajaan dan bukannya kepada pihak pembangkang.

Justeru beliau berharap agar penduduk meneruskan sokongan padu mereka terhadap pihak kerajaan demi kesinambungan pembangunan dalam kawasan masing-masing pada masa akan datang.


Terdahulu projek RES bernilai RM2.1 juta ini telah memberi banyak manfaat kepada 76 buah keluarga dari tiga buah rumah panjang iaitu Sayat, Klampo dan Soh yang menantikan projek terbabit semenjak tiga bulan lepas.

Tamat.

No comments:

Post a Comment