Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

27 March, 2011

Motorsikal milik seorang polis kena kebas

PANTU, Sabtu (26 Mac) – Malang menimpa seorang penjawat awam apabila motorsikal miliknya hilang dicuri oleh orang tidak bertanggungjawab di kawasan Ran, Sri Aman petang kelmarin.

Sumber memberitahu penjawat awam berkenaan menyedari motorsikalnya telah hilang dicuri penjenayah ketika hendak pulang daripada ladang kelapa sawitnya sekitra jam 4.30 petang.

“Sebelum berlakunya kejadian, penjawat awam berkenaan telah pergi meninjau ladang kelapa sawitnya dalam kawasan Ran pada jam 3 petang dan meletakkan motorsikalnya di tepi jalan.

“Ketika hendak pulang dari ladang kelapa sawit itu pada sejam setengah kemudiannya, mangsa berasa terkejut apabila motorsikal yang selalu diletak oleh beliau di kawasan itu telah hilang,” kata sumber.

Mangsa yang yakin bahawa motorsikalnya telah menjadi sasaran penjenayah selama ini terpaksa meminta bantuan penduduk kampung berdekatan untuk menghantarnya pulang kembali ke rumah.

Peristiwa kehilangan motorsikal milik penjawat awam berkenaan harus dijadikan sebagai ikthibar oleh semua pihak agar lebih berhati-hati ketika hendak meletakkan kenderaan di tepi jalan selepas ini.

“Motorsikal mangsa boleh dilihat oleh semua orang. Justeru kecurian itu menunjukkan bahawa pencuri terbabit berani melakukan aktiviti jenayah mereka sejarah terbuka di hadapan penduduk,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment