Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

29 March, 2011

Liga Bola Sepak Sri Aman - Naim 2011 bermula!!!



Caption:

1. APA KHABAR? Harden sedang bersalaman dengan pemain skuad Rakan Muda PRS Engkilili sebelum berlangsung upacara sepak bola bagi kejohanan itu.

2. RASMI...Harden sedang menyempurnakan sepak mula bola bagi menandakan bermulanya Liga Bola Sepak Sri Aman - NAIM 2011.

- 28 Mac

Liga Bola Sepak Sri Aman - NAIM 2011 telah melabuhkan tirainya menerusi perlawanan pembukaan antara skuad Rakan Muda PRS Engkilili dan Sokanjaya Sri Aman yang berkesudahan dengan keputusan seri 1 – 1 pada petang kelmarin.

Sambil disaksikan lebih 100 orang penduduk, perlawanan yang berlangsung di Padang Kompleks Sukan Sri Aman itu menyaksikan kedua-dua skuad mempamerkan rentak serangan bertali arus demi meraih mata dalam perlawanan pertama ini.

Dengan keputusan itu, skuad Rakan Muda PRS Engkilili dan Sokanjaya Sri Aman menduduki tempat pertama dan kedua dalam jadual kedudukan Liga Bola Sepak Sri Aman - NAIM 2011 kelmarin setelah meraih satu mata.

Tujuh buah lagi skuad yang bakal berentap dalam Liga Bola Sepak Sri Aman - NAIM 2011 ini adalah AY17, Zaimie Team, Datilla FC, PDRM Lubok Antu, PDRM Sri Aman, DOF Team dan SAFA.

Dijangkakan perlawanan dalam Liga Bola Sepak Sri Aman - NAIM 2011 akan menjadi lebih sengit dengan adanya pembabitan skuad AY17, Zaimie Team dan Datilla FC yang mempunyai prestasi cemerlang dalam beberapa kejohanan bola sepak sebelum ini.

Kesemua 36 buah perlawanan bagi kejohanan Liga Bola Sepak Sri Aman - NAIM 2011 yang dijangka tamat pada bulan Julai ini akan berlangsung di Padang Lama, KPSU Sri Aman.

Terdahulu Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis telah menyempurnakan upacara sepak mula perlawanan terbabit sambil disaksikan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Sri Aman, Wan Saperi Wan Abdul dan Jurutera Bekaln Awam JKR Sri Aman, Oliver Gabong Jimmy.

Perlawanan pembukaan liga itu juga turut diselitkan dengan upacara penyampaian hadiah oleh Harden kepada skuad-skuad pemenang bagi Liga Bola Sepak Veteran Sri Aman 2011.

Skuad veteran AY17 muncul juara bagi Liga Bola Sepak Veteran Sri Aman 2011 setelah menewaskan skuad Cahya Mata Malaysia manakala skuad MICU dan PDRM pula menduduki tempat ke-3 serta ke-4 pada kejohanan itu.

Tamat.

No comments:

Post a Comment