Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 March, 2011

Lagi 308 hektar tanah disukat di Kampung Manggut


Caption: SERIUS...Laeng ketika memberi memaklumkan tentang kerja menyukat tanah NCR kepada penduduk di Kampung Manggut.



SPAOH, Sabtu (12 Mac) – Sejumlah 308 hektar Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di kawasan Kampung Manggut, Spaoh, Betong akan disukat menerusi pelan Inisiatif Baru NCR bermula minggu ini.

Pegawai Tanah Jabatan Tanah dan Survei, Bahagian Betong, David Laeng berkata Kampung Manggut, Spaoh adalah merupakan kawasan kedua di Betong yang akan disukat di bawah Inisiatif Baru NCR.


“Tanah NCR di situ majoritinya dimiliki oleh penduduk Melayu dari Kampung Manggut dan Serembang yang pernah memohon agar tanah mereka disukat di bawah Inisiatif Baru NCR sebelum ini.


“Kami berasa amat gembira kerana Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Betong akhirnya dapat memenuhi permintaan penduduk terbabit bagi tujuan itu,” katanya semasa menghadiri majlis dialog Inisiatif Baru NCR di Masjid Darul Ehsan, Kampung Manggut baru-baru ini.


Selain itu Laeng turut menyeru semua pemilik tanah agar memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak Jabatan Tanah dan Survei apabila kerja penyukatan tanah dilaksanakan selepas ini nanti.


Salah satu caranya kata beliau ialah dengan membantu juru ukur dari jabatannya untuk mengenalpasti sempadan tanah NCR mereka demi membolehkan kerja penyukatan disiapkan dengan kadar segera.


“Malah sasaran jabatan ialah untuk menyiapkan kerja penyukatan tanah NCR di kawasan Long Aton, Tinjar dalam tempoh sebulan hasil bantuan dan kerjasama daripada pemilik tanah kelak,”katanya.


Sementara itu wakil penduduk kampung iaitu Penghulu Haji Sulaiman bin Haji Taha melahirkan penghargaan terhadap pihak Kerajaan Negeri kerana menyukat tanah NCR milik mereka dan seterusnya diwartakan menerusi Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri.


Hadir sama ialah Timbalan Residen, Haji Fatehi bin Haji Kerni, Penguasa Tanah dan Survei, Peggy Ronin Edin, Penghulu Haji Sulaiman bin Haji Taha dan KK Haji Kawi bin Haji Dollah.



No comments:

Post a Comment