Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

03 March, 2011

Kursus Pengurusan Pertubuhan Siri 3 di RTM Sri Aman pada 12 Mac ini

SRI AMAN, Khamis (3 Mac) – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Sarawak akan mengadakan Kursus Pengurusan Pertubuhan Siri 3 Tahun 2011 bertempat di Auditorium, Radio Televisyen Malaysia atau Jabatan Penyiaran Malaysia Sri Aman pada 12 Mac ini.

Pengarah JPPM Sarawak, Ken Leben menerusi kenyataan media memberitahu Kursus Pengurusan Pertubuhan Siri 3 Tahun 2011 ini membabitkan penyertaan sejumlah 200 orang peserta dari 64 buah buah pertubuhan dari sekitar kawasan Sri Aman.

“Objektif kursus tersebut diadakan adalah untuk membimbing pertubuhan dalam menguruskan pertubuhan dengan lebih cekap dan teratur sejajar dengan undang-undang tubuhnya.

“Justeru pihak kita berharap agar para peserta memanfaatkan sebaik mungkin segala ilmu pengetahuan yang bakal mereka peroleh pada Kursus Pengurusan Pertubuhan Siri 3 Tahun 2011 ini nanti,” katanya.

Ahli Parlimen Sri Aman, Masir anak Kujat katanya akan menyempurnakan Majlis Penutupan Kursus Pengurusan Pertubuhan Siri 3 Tahun 2011 ini bermula pada jam 11.30 pagi di Auditorium RTM Sri Aman.

Dijangka hadir sama ialah Ketua Pengarah JPPM, Dato Abdul Rahman Othman. Turut diadakan pada majlis itu nanti ialah penyampaian sijil kepada peserta, penyampaian cenderamata, sidang akhbar dan jamuan makan tengahari.

Tamat.

No comments:

Post a Comment