Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

27 March, 2011

Kesabaran itu penting - Harden


Caption: SELAMAT DATANG DATUK...Harden sedang memotong reben sebagai simbolik permulaan majlis ketika tiba di rumah Liap, Menalang Nibong.

SRI AMAN, Sabtu (26 Mac) – Kesabaran amat penting jika rakyat terutama sekali dari kawasan luar bandar mahu menikmati faedah pembangunan yang kerajaan Barisan Nasional (BN) bawa kepada mereka selepas ini.

Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Randau di Rumah Liap anak Rekin, Menalang Nibong, Undop Batu Lintang kelmarin.

“Projek pembangunan di setiap kawasan dalam negeri ini telah dilaksanakan secara berperingkat atau lebih tersusun dan atas sebab inilah terdapat kawasan tertentu yang belum menikmati hasil pembangunan secara menyeluruh.

“Lagipun kerajaan tidak mahu melaksanakan segala projek pembangunan secara ‘melepaskan batuk di tangga’ kerana kita mahu segala projek yang siap mampu mengubah taraf hidup rakyat selepas itu,” katanya.

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang itu juga mahu rakyat menolak dakwaan bahawa kerajaan hanya mengutamakan projek pembangunan di dalam kawasan bandar berbanding dengan kawasan luar bandar.

Ini kerana kerajaan jelas Harden sentiasa berusaha untuk memastikan rakyat yang menetap di kawasan dalam dan luar bandar dapat menikmati faedah projek pembangunan yang dilaksanakan semenjak dari dulu lagi.

“Katanya lagi, penubuhan Bahagian Betong dan Mukah sahaja telah membuktikan bahawa kerajaan tidak mahu penduduk kawasan luar bandar ketinggalan dengan penduduk di kawasan bandar.

“Apa yang paling penting pada masa sekarang ialah rakyat terus menghulurkan sokongan masing-masing terhadap wakil rakyat dalam kawasan masing-masing,” katanya lalu mengumumkan peruntukan bernilai RM10,000 kepada JKKK rumah panjang itu.

Tamat….


No comments:

Post a Comment