Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

30 March, 2011

Kerjasama PBB, PRS, SUPP dan SPDP penting pertahankan DUN Simanggang, Harden


Caption: SAH DAHULU...Wan Junaidi sedang menandatangani replika cek sambil disaksikan oleh Harden, Masir serta tetamu khas yang lain ketika berlangsungnya program tersebut.


SRI AMAN, Rabu (30 Mac) – Penyandang Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang, Datuk Francis Harden anak Hollis yakin bahawa Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berperanan penting dalam memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) di Sri Aman pada pilihan raya negeri Ke-10 kelak.

Ini kerana PBB kata beliau merupakan salah sebuah parti komponen BN yang terbesar dalam negeri ini dan seterusnya mampu menyumbang kepada pengaruh sokongan rakyat terhadap beliau pada pilihan raya negeri itu nanti.

“Bagi menjayakan usaha ini saya meminta ahli PBB N.27 Simanggang untuk menjalinkan hubungan kerjasama yang lebih erat terhadap ahli Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), ahli Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) mulai sekarang.

“Kerjasama PBB dengan ketiga-tiga komponen parti ini akan membolehkan BN mempertahankan kerusi DUN N.27 Simanggang daripada pihak pembangkang pada pilihan raya negeri berkenaan,” katanya.

Harden yang juga Menteri Muda Kemajuan Tanah berkata demikian ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Sap, Batu Lintang, Undop Sri Aman baru-baru ini.

Hadir sama ialah Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, para ketua kaum dan ahli PBB Kawasan N.27 Simanggang.

Terdahulu Wan Junaidi telah menyempurnakan majlis penyerahan cek peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) daripada beliau bernilai RM160,000 kepada beberapa buah JKKK dalam kawasan Undop, Batu Lintang, Sri Aman.

Harden juga turut mengumumkan memperuntukan bernilai RM5,000 kepada JKKK Rumah Sap pada majlis berkenaan disamping berlangsungnya majlis penyampaian pingat Jasamu Dikenang kepada ahli veteran PBB Simanggang.

Tamat.

No comments:

Post a Comment